20 January 2011

Uum Tuan Rumah Ffvpm 2011

Posted by KelateLeaks 8:50 AM, under | No comments

Bersesuaian Dengan Penubuhannya, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Turut Membantu Pembangunan Bakat Muda Yang Memilih Bidang Perfileman Sebagai Kerjaya Pilihan.

Sejak 2003 Finas Menyokong Penganjuran Festival Filem Video Pelajar Malaysia (Ffvpm) Yang Bermatlamat Memastikan Kesinambungan Bakat Seni Dan Daya Kreatif Pada Pengkarya Muda Khususnya Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Tempatan (Ipt).

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Finas, Fatimah Ahmad, Setiap Tahun Sebuah Ipt Menjadi Tuan Rumah Dimana Tahun 2010 Universiti Malaysia Perlis (Unimap) Terpilih.

Tahun 2011, Giliran Universiti Utara Malaysia (Uum) Pula Sebagai Tuan Rumah Ffvpm Ke-8.

“Uum Menjadi Tuan Rumah Pada 3 Hingga 6 Mac Ini. Bagi Memastikan Kelancaran Festival Ini Kami Mengalu-Alukan Penyertaan Dari Institut Pengajian Tinggi Awam Dan Swasta Yang Berminat Bertanding. Tarikh Akhir Untuk Penyertaan Pada 15 Februari Dan Setiap Penyertaan Mestilah Dibuat Menerusi Ipta/S Masing-Masing.

“Sebanyak Tujuh Ipta/S Pernah Menjadi Tuan Rumah Sebelum Ini. Semua Ipt Sudah Ada Jurusan Perfileman Dan Kami Menyokong Festival Ini Yang Bermatlamat Menggilap Bakat Baru Dunia Perfileman Yang Bakal Mengganti Karyawan Seni Sedia Ada. Hasil Daripada Festival Ini Dapat Dilihat Dengan Kemunculan Pelakon Berbakat Seperti Farid Kamil, Iqram Dinzly Dan Cut Mutia,” Katanya Pada Sidang Media Baru-Baru Ini.

Tambah Fatimah, Finas Mengiktiraf Hasil Kerja Pelajar Agar Mereka Lebih Kreatif Dalam Berkarya Dan Kemuncaknya Mereka Diberi Penghargaan Dalam Bentuk Anugerah. Selain Itu Ia Juga Memberi Peluang Golongan Ini Berkongsi Idea Secara Terus Dengan Penggiat Filem Tanahair.

“Di Samping Hasilkan Karya Berkualiti, Kami Juga Mahu Mereka Kembangkan Bakat Selaras Dengan Hasrat Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim Untuk Bangunkan Industri Perfileman Tempatan. Ffvpm8 Yang Bertema Cendekia Senima Ke Persada Dunia Ini Hanya Dibuka Kepada Ipt Di Malaysia Dan Penyertaan Tidak Dihadkan Jumlahnya Kepada Mana-Mana Ipta/S,” Katanya.

Fatimah Juga Menyampaikan Wang Sebanyak Rm100,000 Daripada Finas Bagi Menjayakan Festival Ini. Sebanyak Lapan Kategori Hadiah Utama Dipertandingkan Iaitu Kategori Filem/ Video Terbaik Keseluruhan Yang Menawarkan Hadiah Berbentuk Trofi, Wang Tunai Rm1,500 Berserta Sijil Dan Kategori Anugerah Khas Juri (3 Pemenang) Yang Menawarkan Trofi Berserta Sijil.

Kategori Lain Yang Dipertandingkan, Kategori Filem/ Video Pendek, Kategori Filem/ Video Dokumentari, Kategori Filem/ Video Iklan, Kategori Filem/ Video Animasi, Kategori Filem/ Pengumuman Khidmat Awam Dan Kategori Klip Video Terbaik, Menawarkan Hadiah Berbentuk Trofi, Wang Tunai Rm1000 Dan Sijil.

Hadiah Iringan Sebanyak 9 Kategori Iaitu Anugerah Pengarah Harapan, Anugerah Penyunting Terbaik, Anugerah Penataan Seni Terbaik, Anugerah Penataan Bunyi Terbaik, Anugerah Skrip Terbaik, Anugerah Kostum Terbaik, Anugerah Sinematografi Terbaik, Anugerah Muzik Terbaik Dan Anugerah Grafik Terbaik Turut Di Perkenalkan Yang Menawarkan Hadiah Trofi, Wang Tunai Rm500 Dan Sijil.

Sementara Itu, Pensyarah Kolej Sastera Dan Sains, Lt Norhissam Sulaiman Selaku Jawatankuasa Aktiviti Festival Berkata, Pelbagai Agenda Sudah Diatur Oleh Uum Bagi Menjadikan Acara Ini Meriah Dan Bermanfaat Kepada Pelajar Yang Terbabit.

“Acara Pada 3 Mac Akan Diisi Dengan Seminar Yang Membabitkan Pelajar Bidang Media Dan Perfileman. Kami Akan Ketengahkan Kertas Kerja Sebagai Bahan Pembentangan. Tayangan Filem Terpilih Turut Diadakan Pada Malamnya. Acara Hari Kedua Akan Diisi Dengan Preview Hasil Karya Pelajar Yang Bertanding Dan Forum Mengenai Filem Malaysia Pada Sebelah Malamnya. Hari Ketiga Akan Diisi Dengan Konvensyen Seniman Yang Dipengerusi Oleh Speaker Dari Indonesia Yang Turut Menampilkan Penggiat Seni Terkenal Tanah Air Dan Malamnya Akan Diadakan Penutup Dan Penyampaian Anugerah Ffvpm8 Yang Akan Dihadiri Oleh Dr Rais. Penganjuran Acara Ini Mirip Festival Filem Malaysia Dan Juri Yang Terbabit Terdiri Daripada Penggiat Seni Dan Pensyarah Akademik. Uum Sebenarnya Sudah Ada Kursus Perfileman Dan Penyiaran Dan Kami Jadi Tuan Rumah Kerana Nak Mempromosi Program Ini Yang Baru Tiga Tahun Diperkenalkan. Sebelum Ini Kami Sudah Bekerjasama Dengan Finas Antaranya Dalam Kursus Penulisan Skrip Dan Penganjuran Ffvpm8 Adalah Kemuncak Kepada Kerjasama Kami. Ini Sejajar Dengan Matlamat Uum Yang Berhasrat Jadi Universiti Bertaraf Penyelidikan Pada 2013 Dan Universiti Bertaraf Antarabangsa Pada 2015,” Katanya.



0 comments:

Post a Comment

Tags

Labels

Blog Archive

Blog Archive