18 January 2011

Penguasaan Wanita Dalam Perkhidmatan Awam

Posted by KelateLeaks 5:29 PM, under | No comments

Sama Anda Sedari Atau Pun Tidak, Hakikat Penguasaan Wanita Di Akhir Zaman Ini Amat Ketara Dalam Apa Jua Aspek. Lihat Saja Di Ipta Dan Ipts Pada Hari Ini, Semuanya Dikuasai Oleh Wanita. Jumlah Wanita Yang Ramai Menyebabkan Persaingan Yang Tinggi Antara Lelaki Dan Wanita. Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dan Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Melaporkan Kebimbangan Berikutan Bertambahnya Bilangan Penjawat Awam Wanita Dalam Sektor Perkhidmatan Awam. Hampir 3/4 Bahagian Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Telah Diisi Oleh Wanita.

Bahkan Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam Nisbah Guru Lelaki Dan Wanita Sekarang Adalah 30:70, Menunjukkan Bahawa Begitu Ramai Golongan Wanita Mendapat Tempat Sebagi Guru.

Memandang Situasi Ini, Adakah Wanita Berupaya Mentadbir Organisasi Dengan Baik Untuk Kemajuan Dan Kestabilan Di Masa Akan Datang? Inilah Sebahagian Isu Yang Dibimbangkan Oleh Cuepacs Jika Pertambahan Ini Akan Meningkat Lagi Pada Masa Akan Datang, Terutama Dalam Peringkat Pembuat Keputusan. Jika Sektor Perkhidmatan Awam Dikuasai Wanita Lama Kelamaan Peringkat Ini Juga Akan Diambil Alih Oleh Pihak Wanita.

Dari Pemikiran Saya Penguasaan Wanita Di Sektor Ini Mempunyai Pro Dan Kontra, Positif Dan Negatif Juga. Namun Keupayaan Kepimpinan Wanita Juga Tidak Boleh Dipertikaikan Juga. Jumlah Wanita Yang Ramai Dalam Dunia Pastinya Akan Mewujudkan Persaingan Besar Dengan Golongan Lelaki Pada Hari Ini.



0 comments:

Post a Comment

Tags

Labels

Blog Archive

Blog Archive