26 January 2011

Dialog Dengan Jin Yang Tiada Agama

Posted by KelateLeaks 8:02 AM, under | No comments

Seorang Lelaki Datang Kepada Pengamal Perubatan Seraya Berkata: "Bapaku Kerasukan Jin".

"Bagaimana Kamu Tahu?," Tanya Pengamal Perubatan Islam.

Dia Berkata: Apabila Mendengar Khutbah Jumaat Di Masjid, Dia Kerasukan Dan Terus Dalam Keadaan Kerasukan Hingga Khutbah Selesai. Kerap Kali Kerasukan Di Dalam Solat. Setiap Malam Isnin Dia Tidak Membenarkan Sesiapa Pun, Bahkan Isterinya Untuk Masuk Kedalam Bilik Tidurnya. Pada Malam Tersebut Dia Akan Tidur Bersendirian Dalam Kegelapan.

Kemudian Pengamal Perubatan Islam Bersama Orang Itu Dan Tiga Orangnya Pergi Menemui Orang Yang Sakit Tersebut. Dia Berusia Sekitar 45 Tahun. Kekuatan Akalnya Pun Masih Sihat Sepenuhnya.

Wahid : Siapa Namamu?
Dia : Mahmud.
Wahid : Sakit Apa Kamu?
Mahmud : Saya Rasa Seperti Kemasukan Jin.
Wahid : Adakah Kamu Ingin Agar Jin Itu Kami Keluarkan?
Mahmud : Ya, Dia Sangat Menyusahkan Saya, Bahkan Hampir-Hampir Memisahkan Saya Dengan Isteri Saya.
Wahid : Pergi Ambil Wudhuk.

Pengamal Perubatan Islam Dan Orang Yang Menyertainya Pun Berwudhuk. Kemudian Pengamal Perubatan Islam Perintahkan Kepada Salah Seorang Kawannya Untuk Membacakan Ruqyah Kepadanya. Setelah Dibacakan Ruqyah Dan Sebelum Berakhirnya Bacaannya, Jasad Orang Yang Dibacakan Tersebut Menggigil, Petanda Jin Telah Datang.

Wahid : Bismillah, Siapa Kamu?
Mahmud : Saya Jin. (Suara Berubah)
Wahid : Siapa Namamu?
Jin : Saya Stefirus
Wahid : Apa Agamamu?
Stefirus : (Diam Tidak Menjawab)
Wahid : Muslimah?
Stefirus : Tidak
Wahid : Kristian?
Stefirus : Tidak.
Wahid : Kafir?
Stefirus : Ya. Saya Tidak Ada Agama.
Wahid : Dimana Kamu Tinggal?
Stefirus : Saya Dari Jenis Jin Penyelam Yang Hidup Di Air, Saya Hidup Di Laut Merah.
Wahid : Kenapa Kamu Masuk Jasad Mahmud?
Stefirus : Untuk Membalas Dendam.
Wahid : Apa Yang Telah Dilakukannya?
Stefirus : Keluarga Kami Dari Jin Pernah Masuk Ke Jasad Seseorang Kemudian Dipegang Oleh Mahmud Dan Dipukulnya Dengan Keras Hingga Menyakitinya. Sedangkan Mahmud Bodoh, Tidak Tahu Bagaimana Membentengi Dirinya Dari Kami Bangsa Jin. Kemudian Aku Temui Dia Di Malam Yang Gelap Ketika Dia Berjalan Di Jalanan Sendirian Lalu Aku Masuk Ke Dalamnya.
Wahid : Sejak Bila Kamu Bersama Dia?
Stefirus : Sejak Kira-Kira 20 Tahun.
Wahid : Saya Akan Menawarkan Kepadamu Dan Kamu Bebas Menentukan Pilihan.
Stefirus : Katakan.
Wahid : Saya Tawarkan Islam Kepadamu.
Stefirus : Biar Aku Berfikir.
Wahid : Berapa Lama?
Stefirus : Tiga Hari.
Wahid : Tidak. Paling Lama Yang Boleh Kami Berikan Waktu Kepada Kamu Berfikir Sepuluh Minit.
Sepuluh Minit Kemudian.
Stefirus : Ya, Saya Masuk Islam.
Wahid : Kalau Begitu Ucapkanlah Syahadah.

Kemudian Jin Tersebut Pun Mengucapkan Syahadah Dan Menyatakan Taubatnya, Lalu Menamakan Dirinya Dengan "Ummu Ibrahim"

Wahid : Diantara Kesempurnaan Taubat Ini Ialah Melepaskan Kezaliman.
Ummu Ibrahim : Kezaliman Apa?
Wahid : Keberadaan Kamu Di Dalam Jasad Manusia Adalah Kezaliman, Kerana Itu Kamu Harus Keluar Darinya.
Ummu Ibrahim : Saya Tidak Akan Keluar Kerana Dua Sebab; Pertamanya Kerana Saya Sangat Mencintainya Tetapi Saya Tidak Tidur Bersamanya Kecuali Semalam Dalam Sepekan Iaitu Malam Isnin, Kemudian Malam-Malam Lainnya Saya Tinggalkan Untuk Isterinya.
Wahid : Apakah Kamu Menampakkan Diri Kamu Dalam Bentuk Seorang Wanita?
Ummu Ibrahim : Tidak.
Wahid : Lalu Bagaimana?
Ummu Ibrahim : Dia Melihatku Dalam Tidurnya Seperti Mimpi, Dia Melihatku Dalam Bentuk Seorang Wanita Cantik Dan Pada Pagi Harinya Dia Bangun Dalam Keadaan Junub. Sedangkan Saya, Benar-Benar Merasakan Kenikmatan Yang Sempurna.
Wahid : Itu Sebab Pertama, Apa Yang Keduanya?
Ummu Ibrahim : Sebab Yang Kedua Kerana Saya Pernah Bersuami Dengan Raja Jin Laut Merah, Kemudian Mati Dan Meninggalkan Saya. Kerajaannya Masih Berada Di Tangan Anak-Anakku. Mereka Masih Kafir, Kalau Tahu Aku Masuk Islam Nescaya Mereka Membunuhku.
Wahid : Sebab Yang Pertama, Hal Tersebut Merupakan Kebatilan, Kerana Dia Tidak Menyintaimu Dan Tidak Ingin Menikah Denganmu. Dia Baru Saja Mengatakan Kepadaku Bahawa Dia Ngin Mengeluarkanmu. Adapun Berkaitan Dengan Anak-Anakmu, Maka Sesungguhnya Kamu Boleh Lari Ke Tempat Mana Saja Di Lautan Atlantik Atau Yang Lainnya Sehingga Kamu Boleh Hidup Menyembah Allah Disana.
Ummu Ibrahim : Kalau Begitu, Saya Akan Keluar. Berilah Aku Waktu 3 Minit.
Kemudian Orang Itu Tersedar Dan Duduk Bersama Kami. Tetapi Kawan-Kawanku Berkata: "Mari Kita Pergi, Dia Sudah Keluar, Alhamdulillah"
Wahid : Tidak, Seolah-Olah Saya Melihatnya Di Kedua Matanya.

Kemudian Pengamal Perubatan Islam Letakkan Tangan Di Atas Kedua Pundaknya Dan Kedua Lututnya Dan Pengamal Perubatan Islam Dapati Bahawa Dia Belum Keluar Tetapi Sekadar Tipuan. Kemudian Pengamal Perubatan Islam Perintahkan Salah Seorang Ikhwan Untuk Membacakan Ruqyah Sekali Lagi, Dan Belum Sempat Selesai Membaca Jin Itu Datang Lagi.

Wahid : Begitu Wahai Ummu Ibrahim, Kamu Tipu Kami?
Ummu Ibrahim : Percayalah, Sesungguhnya Saya Sangat Mencintainya, Saya Telah Hidup Bersamanya Selama Sepuluh Tahun Dan Saya Tidak Ingin Keluar Darinya.
Wahid : Jika Demikian Halnya, Beerti Telah Berakhir Cara Kelembutan Dan Keramahan Dan Akan Berganti Dengan Kekerasan, Pukulan Dan Pembakaran. Kamu Keluar Atau Saya Meminta Pertolongan Kepada Allah Dan Saya Bacakan Ayat-Ayat Al-Quran Kepadamu Hingga Membakarmu, Atau Aku Pukul Kamu?
Ummu Ibrahim : Tidak, Saya Akan Keluar.

Setelah Dua Tiga Minit, Dia Kemudian Berteriak Memanggil-Manggil Dengan Suara Sedih: "Wahai Mahmud! Wahai Mahmud!" Kemudian Keluar. Segala Keutamaan Hanya Milik Allah Semata. Dia Yang Memperkenankan Dan Dia Pula Penunjuk Ke Jalan Yang Benar.

Artikel : Syeikh Wahid Abdus Salam Bali | Kesurupan Jin Cara Dan Pengubatannya Secara Islami




0 comments:

Post a Comment

Tags

Labels

Blog Archive

Blog Archive