26 January 2011

Keajaiban Molekul Air

Posted by KelateLeaks 8:46 AM, under | No comments

Cuba Kita Lihat Sekeliling Kita. Jika Diperhatikan, Semuanya Diselaputi Air. Tidak Percaya? Air Merangkumi Tiga Per Empat Daripada Seluruh Permukaan Bumi. Sungai, Laut, Tasik Dan Juga Empangan-Empangan, Sama Ada Yang Semula Jadi Ataupun Binaan Manusia, Adalah Terdiri Daripada Air. Ais Di Kutub Utara Dan Kutub Selatan Juga Salah Satu Kategori Air Dalam Bentuk Pepejal. Air Yang Berada Di Langit Meliputi Awan Kumulonumbus Dan Awan-Awan Mendung Kelabu. Tubuh Badan Kita, Haiwan Dan Tumbuh-Tumbuhan, Semua Berkomposisikan Air.

Air Adalah Sumber Utama Kepada Semua Benda Hidup. Asal Kepada Wujudnya Hidupan Di Muka Bumi Ini Juga Bermula Dari Air. Allah Berfirman: "Tidakkah Orang-Orang Kafir Mengetahui Bahawa Langit Dan Bumi Adalah Keduanya Bertaut (Bersatu), Lalu Kami Belahkan Keduanya? Kami Jadikan Tiap-Tiap Yang Hidup Dari Air. Tidakkah Mereka Percaya?". [Surah Al-Anbiya:30].

Dalam Ayat Ini Allah Menceritakan Bahawa Semua Makhluk Yang Bernyawa Bermula Daripada Air. Air Yang Turun Dari Langit Menjadi Sumber Kepada Kewujudan Kepada Benda Hidup Di Muka Bumi Ini. Akan Tetapi Adakah Kita Tahu Tentang Mengapa Kita Perlu Membaca Bismillah Sebelum Meneguk Air? Pernahkah Terlintas Di Fikiran Kita Bahawa Ada Hikmahnya Dari Segi Sains?

Bacaan Ke Atas Perkataan Yang Membawa Maksud Yang Baik Pada Air Akan Mendatangkan Faedah Kepada Si Peminumnya. Ini Kerana Zarah-Zarah Yang Ada Di Dalam Air Akan Berubah Menjadi Corak Yang Cantik Dan Paten Yang Seragam Apabila Air Tersebut Didedahkan Kepada Bunyi-Bunyi Dari Perkataan Yang Baik. Apabila Air Yang Memiliki Molekul Yang Indah Itu Diminum, Maka Badan Kita Akan Memancarkan Cahaya Ataupun "Nur" Yang Tampak Kelihatan Pada Wajah. Bahkan Badan Akan Bertambah Sihat Dan Cergas.

Membuktikan Kuasa Allah, Seperti Yang Dikaji Saintis Tubuh Badan Manusia Mengandungi 70 Peratus Air. Ini Secara Tidak Langsung Menunjukkan Bahawa Air Memainkan Peranan Penting Dalam Membentuk Manusia Baik Dari Segi Rohani Ataupun Jasmani. Maka Dengan Itu Adalah Penting Bagi Kita Untuk Memastikan Semua Air Yang Masuk Ke Badan Kita Memiliki Molekul Yang Sempurna, Yakni Melalui Pembacaan Bismillah Atapun Doa Sebelum Meminum Air Tersebut.

Jika Air Yang Dibaca Zikir Mampu Mengeluarkan Aura Berseri Pada Wajah, Maka Begitu Juga Sebaliknya. Air Yang Dibiarkan Terdedah Dengan Bunyi-Bunyian Lagu Rancak Yang Tidak Berfaedah Akan Memburukkan Molekul-Molekul Air Tersebut. Paten Air Tidak Akan Serasi Dan Bentuknya Akan Merubah Kepada Imej Yang Negatif.

Eksperimen Yang Dijalankan Oleh Saintis Barat Telah Banyak Membuktikan Bahawa Molekul Air Yang Terdedah Kepada Muzik Rock Ataupun Pop, Memiliki Bentuk Molekul Yang Tidak Teratur Dan Pecah. Saintis Jepun Yang Mengkaji Mengenai Corak Air Turut Berkata Bahawa Kajian Yang Dijalankan Ke Atas Botol Air Yang Ditulis Dengan Perkataan Yang Kejam Seperti "Saya Ingin Bunuh Awak" Akan Memaparkan Imej Berbentuk Pisau Untuk Menikam Mangsanya.

Oleh Yang Demikian, Secara Logiknya, Air Yang Memiliki Molekul Yang Buruk Akan Memberi Kesan Yang Tidak Baik Kepada Si Peminum Seperti Mana Air Bermolekul Indah Memberi Kesan Sempurna Kepada Peminumnya. Dalam Erti Kata Lain, Air Yang Tidak Dibaca Bismillah, Tidak Akan Dapat Memancarkan Keserian Wajah Pada Si Peminum, Bahkan Mungkin Menjadikan Orang Lain Tidak Suka Untuk Melihat Wajahnya Setelah Meneguk Air Yang Tidak Dibacakan Puji-Pujian Ke Atas Allah Padanya.

Dr. Masaru Emoto, Seorang Saintis Jepun Menulis Dalam Karyanya Yang Cukup Terkenal Berjudul "The True Power Of Water" Menyatakan Bahawa Air Boleh "Mendengar" Kata-Kata, "Membaca" Tulisan, Dan "Mengerti" Serta "Merekod" Ucapan Seperti Pita Magnetik Atau Cakera Padat. Semakin Kuat Konsentrasi Pengucap, Semakin Jelas Pesanan Tercetak Di Dalam Air. Ketika Dibacakan Doa Untuk Kesembuhan Penyakit Di Depan Sebotol Air Maka Terakam Imej.

Apabila Dibacakan Doa Islam, Kristal Bersegi Enam Dengan Lima Cabang Daun Muncul Berkilauan. Ketika Dimainkan Muzik Simfoni Mozart, Kristal Muncul Berbentuk Bunga. Sewaktu Muzik 'Heavy Metal' Diperdengarkan, Kristal Akan Hancur.

Kristal Air Ini Pula Merakam Lagu "Imagine" Dari John Lennon. Seperti Lagunya, Kristal Ini Unik Dan Indah. Setiap Elemen Tumbuh Dengan Harmonis. Selanjutnya Diucapkan Perkataan "Malaikat". Hasilnya Terbentuk Rantai Dengan Kristal Heksagon Yang Indah Dan Ketika Diucapkan Perkataan "Syaitan", Kristal Berbentuk Buruk Dengan Bola Api Ditengah.

Satu Lagi Teori Yang Membuktikan Ketaatan Air Ini Kepada Allah S.W.T. Adalah Pembahagian Air Laut Yang Tidak Bercampur Di Antara Satu Sama Lain Dan Tetap Berada Pada Kawasan Yang Telah Ditetapkan. Al-Quran Telah Lama Membuktikan Teori Ini. Allah Berfirman: "Ia Biarkan Air Dua Laut (Yang Masin Dan Yang Tawar) Mengalir, Sedang Keduanya Pula Bertemu; Di Antara Keduanya Ada Penyekat Yang Memisahkannya, Masing-Masing Tidak Melampaui Sempadannya; Maka Yang Mana Satu Di Antara Nikmat-Nikmat Tuhan Kamu, Yang Kamu Hendak Dustakan?" [Surah Ar-Rahman: 19-21].

Allah Berfirman Lagi: "Dan Dia Lah Tuhan Yang Telah Mengalirkan Dua Laut Berdampingan, Yang Satu Tawar Lagi Memuaskan Dahaga, Dan Yang Satu Lagi Masin Lagi Pahit; Serta Ia Menjadikan Antara Kedua-Dua Laut Itu Sempadan Dan Sekatan Yang Menyekat Percampuran Keduanya." [Surah Al-Furqan:53].

Kini, Selepas Lebih Kurang 1400 Tahun, Seorang Saintis Lautan Dari Perancis, Jacques Yves Costeau, Mengakui Teori Bahawa Sememangnya Lautan Tidak Bercampur Di Antara Satu Sama Lain. Sememangnya Terdapat Seperti Dinding Yang Terbina Dari Membran Sel Yang Membahagi Setiap Lautan Yang Terdapat Di Bumi Ini Melalui Perbezaan Suhu Dan Arus Yang Wujud Di Dalam Air Laut Tersebut.

Beralih Pula Tentang Kajian Yang Dilakukan Ke Atas Air Zam Zam Yang Suci, Air Ini Menunjukkan Bahawa Air Yang Tidak Pernah Putus-Putus Keluar Dari Bumi Ini Memiliki Bentuk Molekul Yang Sangat Cantik Sekali. Selain Tidak Pernah Kering, Ia Juga Mempunyai Komposisi Garam Dan Rasa Yang Sentiasa Sama Sejak Dari Dulu Sehingga Sekarang. Walaupun Dibawa Ke Mana-Mana Di Seluruh Dunia, Rasanya Masih Tetap Sama Dan Tidak Pula Berbau.

Klorin Juga Tidak Diperlukan Bagi Membersihkan Air Ini Dari Kuman-Kuman Yang Boleh Mengakibatkan Alga Dan Mengeluarkan Bau Yang Selalunya Terjadi Kepada Air Biasa Jika Tidak Dirawat Dengan Klorin. Tidak Pernah Juga Kita Dengari Mana-Mana Jemaah Haji Yang Pulang Ke Tanah Air Masing-Masing Di Seluruh Pelosok Dunia Memberi Komen Yang Buruk Mengenai Air Zam Zam. Sekali Lagi Air Telah Membuktikan Kekuasaan Allah S.W.T.

Kesimpulannya, Air Juga Adalah Salah Satu Dari Jutaan Makhluk Allah Yang Sentiasa Taat Dan Patuh Kepada Fitrah Dan Suruhan Allah. Ia Juga Suka Kepada Perkara-Perkara Yang Baik Dan Akan Hancur Jika Terdedah Kepada Perkara-Perkara Yang Tidak Elok. Oleh Yang Demikian, Kita Manusia, Makhluk Yang Diangkat Oleh Allah Sebagai Makhluk Yang Terbaik, Seharusnya Menginsafi Kejadian Diri Kita Yang Dipenuhi Lebih Tiga Perempat Dengan Air.






0 comments:

Post a Comment

Tags

Labels

Blog Archive

Blog Archive