15 January 2011

Surah Yang Terbaik Untuk Di Baca

Posted by KelateLeaks 11:04 PM, under | No comments

Jawapan Yang Paling Tepat Adalah: Seluruh Al-Quran.

Namun Bagi Mereka Yang Tidak Mampu, Cuba Perhatikan Baik-Baik Sabdaan Nabi Saw Ini:-

"Bacalah Al-Quran Kerana Di Hari Kiamat Kelak, Ia Akan Datang Memberikan Syafa'at Kepada Tuannya. Bacalah Dua Cahaya Iaitu Al-Baqarah Dan Ali-Imran, Kerana Ia Berdua Akan Datang Dihari Kiamat Kelak Seperti Dua Awan Besar Atau Sekumpulan Burung Yang Akan Melindungi Tuannya. Bacalah Al-Baqarah Kerana Sesiapa Yang Mengambilnya Akan Mendapat Berkat, Meninggalkannya Adalah Penyesalan, Dan Yang Mengambilnya Dapat Menghalang Sihir." [Riwayat Muslim]

Para Ulama Menjelaskan, Pahala Bacaannya Akan Bertindak Seperti Awan Dan Sekumpulan Burung Yang Menaungi Pembacanya Dengan Seperti Teduhan Sayap Burung Atau Awan.

Dalam Hadis Sahih Yang Lain, Disebutkan Kedua-Dua Surah Ini Akan Mendahulu Pahala Dari Surah-Surah Lain.

Banyak Lagi Surah-Surah Lain Yang Mempunyai Kelebihan Tersendiri, Disebut Dalam Banyak Hadis-Hadis Baginda Nabi Saw, Namun Cukuplah Jawapan Ringkas Saya Setakat Ini Mencadangkan Dua Surah Ini Sebagai Tunjang Bacaan Al-Quran Kita.



0 comments:

Post a Comment

Tags

Labels

Blog Archive

Blog Archive