20 January 2011

Rm1.6b Majukan Peneroka Felda

Posted by KelateLeaks 9:00 AM, under | No comments

Datuk Seri Najib Tun Razak Mengumumkan Peruntukan Rm1.6 Bilion Bagi Memajukan Masyarakat Felda Di Seluruh Negara Untuk Tahun 2011. Perdana Menteri Juga Turut Mengumumkan Peruntukan Rm8.5 Juta Daripada Felda Untuk Program Pembangunan Prasarana 500 Buah Lot Yang Akan Diberi Kepada Generasi Kedua Felda.

“Ini Bukanlah Angan-Angan Yang Direka Ataupun Janji Yang Tidak Berpijak Di Bumi Nyata (Seperti) Yang Mutakhir Ini, Mudah Diluahkan Parti Pembangkang. Ini Adalah Satu Rekod Pencapaian Yang Luar Biasa Yang Telah Diperjuangkan Dan Hasilnya Dapat Dilihat Hari Ini. Kejayaannya (Felda) Mengubah Keadaan Hidup Masyarakat Yang Bertuah Kerana Terpilih Menjadi Peneroka Felda Dan Bertuah Kerana Bernaung Di Bawah Kerajaan Kita, Kerajaan Barisan Nasional (Bn),” Katanya.

Katanya, Felda Telah Melalui Proses Transformasi Yang Agresif Sehingga Menjadi Satu Gagasan Yang Mampu Mengubah Landskap Sosioekonomi Negara, Terutama Bagi Penduduk Luar Bandar, Secara Tuntas Dan Berkesan.

Najib Berkata Dengan Pendapatan Masyarakat Felda Hari Ini Melebihi Rm3,000 Ia Membuktikan Mereka Bukan Lagi Merupakan Golongan Yang Terletak Di Bawah 40 Peratus Masyarakat Berpendapatan Rendah, Sebaliknya Kini Sudah Berstatus Berpendapatan Sederhana.

“Bila Saya Dapat Gambaran Bahawa Pendapatan Melebihi Rm3,000 Oleh Setiap Peneroka, Apa Signifikannya, Pertama, Bila Kita Buat Model Baru Ekonomi, Kita Kata Mengikut Taksiran Pendapatan Negara, Mereka Yang Berpendapatan Rendah Terdiri Daripada Mereka Yang Berpendapatan Rm2,300 Sebulan, Itu Perkiraan Purata Pendapatan Rakyat Negara Kita. Bila Saya Dapat Tahu Peneroka Felda Di Sini Dan Seluruh Negara Dapat Pendapatan Rm3,000 Lebih Sebulan Bererti Mereka Tidak Lagi Tergolong Dalam Kategori 40 Peratus Rakyat Yang Mendapat Pendapatan Rendah. Felda Hari Ini Secara Rasminya Menjadi Golongan Berpendapatan Pertengahan Dalam Negara Kita,” Katanya.



0 comments:

Post a Comment

Tags

Labels

Blog Archive

Blog Archive