17 January 2011

Normala Sudirman - Calon Pas N05 Tenang Johor

Posted by KelateLeaks 10:02 AM, under | No comments

Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Johor, Normala Sudirman (38 Tahun) Diumumkan Sebagai Calon Pas Mewakili Pakatan Rakyat Untuk Bertanding Dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari 2011 Ini.

Beliau Yang Dilahirkan Di Kampung Serom 3, Muar Johor Ini Merupakan Anak Sulung Daripada Lima Orang Adik Beradik. Beliau Merupakan Seorang Guru Lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang Sebelum Meletakkan Jawatan Pada Akhir 2010 Kerana Mahu Menumpukan Sepenuh Masa Kepada Tugas Parti.

Bapanya, Sudirman Suratman Merupakan Bekas Ketua Peserta Felcra Dan Juga Pengerusi Koperasi Felcra Sekijang Manakala Ibunya Mukmini Yahya Juga Merupakan Peneroka Felcra.

Beliau Yang Mesra Di Kalangan Penduduk Setempat Dengan Panggilan Cikgu Mala, Mendirikan Rumah Tangga Dengan Makrof Abd Mutalib Dan Mempunyai Tiga Orang Anak.

Normala Mula Bergiat Aktif Dalam Pas Selepas Tamat Pengajian Di Maktab Pada Tahun 1997. Pada Tahun 2000 Beliau Dilantik Sebagai Ketua Dewan Muslimat Pas Labis.

Selain Memegang Jawatan Sebagai Ketua Muslimat Johor, Beliau Juga Merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat Pas Pusat.

Sekarang, Beliau Menumpukan Kepada Usaha Membantu Masyarakat Labis Setelah Dipertanggungjawabkan Sebagai Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Tenang.

Majlis Pengumuman Calon Pilihanraya Itu Dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Di Majlis Pengisytiharan Calon Di Dataran Wayang Pacak.








0 comments:

Post a Comment

Tags

Labels

Blog Archive

Blog Archive