18 January 2011

Luahan Hati Seorang Guru Gstt

Posted by KelateLeaks 5:23 PM, under | 3 comments

Memang Dikatakan Guru Adalah Kerjaya Professional. Malah Apa Yang Saya Boleh Lihat Ada Dalam Kalangan Guru Yang Tidak Bertanggungjawab. Saya Juga Ingin Meluahkan Perasaan Saya.

Saya Pernah Menjadi Seorang Guru Ganti Dalam Tempoh Satu 1/2 Tahun Di Sebuah Sekolah Rendah. Dalam Perkhidmatan Saya Di Sekolah Ini, Saya Pernah Merayu Menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih.Tetapi Akhirnya,Saya Tidak Berjaya.Ini Disebabkan Negeri Kami Tidak Mempunyai Peruntukan Untuk Mengupah Guru Sandaran Tidak Terlatih..Soalan Saya Mengapakah Negeri Lain Boleh Mendapat Peruntukan Dari Kerajaan Untuk Mengupah Guru Sandaran Tidak Terlatih Dengan Sesuka Hati?

Selain Itu, Saya Juga Tidak Berasa Kecewa, Apabila Negeri Mendapat Peruntukan Untuk Mengupah Guru Sandaran Tidak Terlatih, Saya Tidak Dikatakan Tidak Layak Untuk Memohon Disebabkan Saya Tidak Memperolehi Matapelajaran Cina Diperingkat Spm. Memohon Menjadi Seorang Guru Sandaran Tidak Terlatih Mesti Mencapai Kelulusan Bahasa Melayu Dan Cina Dan Subject Tiga Yang Lain Lagi.Saya Berasa Amat Kecewa.

Soalan Lazimnya

1. Mengapakah Guru Yang Lain Diberi Peluang? Dalam Kalangan Mereka Ada Yang Juga Tidak Mencapai Kelulusan Bahasa Melayu,Tetapi Mereka Layak Menjadi Guru Dan Menjalani Latihan Perguruan Di Institusi Tertentu?
2. Mengapakah Kami Hanya Kekurangan Bahasa Cina Tidak Layak Memohon Dan Menjadi Seorang Guru Sandaran Tidak Terlatih?
3. Mengapakah Kami Tidak Mendapat Peluang Untuk Memohon Untuk Menjadi Seorang Guru Sandaran Tidak Terlatih Sedangkan Khusus Latihan Perguruan Tahun Ini Menawarkan Khusus Dalam Cuti Opsyen Bahasa Melayu Dan Cina?
4. Berbanding Kami Yang Tidak Mempunyai Subject Cina Di Perigkat Spm Berbanding Guru Yang Langsung Tidak Mengetahui Cina Di Sekolah? Mengapakah Kami Tidak Diberi Peluang? Sedangkan Kami Mengetahui Dan Boleh Bertulis Dalam Bahasa Cina?
5. Jika, Kami Tidak Layak Menjadi Guru? Mengapakah Jabatan Pelajaran Mengupah Kami Sebagai Guru Ganti Sememtara? Sedangkan Kami Tidak Mempunyai Bahasa Cina?
6. Apabila Kami Hendak Memohon Menjadi Seorang Guru Sandaran Tidak Terlatih, Kami Dikatatan Tidak Layak Kerana Kekurangan Matapelajaran Cina? Kami Boleh Bertutur Dan Menulis Dalam Bahasa Cina, Tetapi Kami Tidak Berpeluang? Guru Yang Langsung Tidak Dapat Berucap Dan Menulis Dalam Bahasa Cina Masih Dapat Mengajar Di Sekolah?
7. Apabila Kekurangan Guru, Kami Diminta Untuk Menjadi Seorang Guru Penganti .Pada Ketika Itu,Kami Juga Tidak Memperolehi Bahasa Cina? Kenapa Kami Ditawarkan Menjadi Guru Ganti? Sedangkan Kami Ingin Memohon Guru Sandaran Tidak Terlatih Dikatakan Layak Kerana Kekurangan Bahasa Cina?
8. Dalam Tempoh Saya Bertugas, Saya Menjalani Tugasan Saya Penuh Bertanggungjawab Supaya Dapat Peluang Untuk Memohon Guru Sandaran Tidak Terlatih Pada Masa Yang Akan Datang.Tetapi Saya Tidak Diberi Peluang. Apa Yang Boleh Saya Lihat Dalam Tempoh Perkhidmatan, Terdapat Guru Yang Malas, Tidak Bertanggungjwab, Tidak Menjalani Tugasan Sempurna, Tetapi Mereka Diberi Banyak Peluang Untuk Mengubah Tabiat Mereka, Tetapi Mereka Langsung Tidak Pernah Mengubah Perangai Mereka. Adakah Ini Adil Bagi Kami? Sedangkan Kami Hanya Ingin Memohon Guru Sandaran Tidak Terlatih? Kekurangan Bahasa Cina, Tidak Diberi Peluang? Mereka Guru Yang Tidak Bertanggungjawab Masih Diberi Peluang?
9. Dalam Perkhidmatan Saya, Saya Menjalani Tugas Saya Dengan Sempurna Dan Bertanggungjawab. Tetapi Kami Diberi Gaji Selepas Satu Tahun Kemudian, Peruntunkan Gaji Kami Hendak Menunggu Selama Satu Tahun. Saya Berasa Kecewa, Guru Yang Tidak Bertanggungjwab Dibayar Gaji Tiap Tiap Bulan. Guru Ganti Hendak Menunggu Gaji Melebihi Satu Tahun? Adakah Adil Bagi Kami? Sedangkan Kami Memberi Sumbagan Tenaga Waktu Kekurangan Guru Di Sekolah.Kami Juga Memerlukan Wang Untuk Menjani Kehidupan Seharian.Sebagai Rakyat Biasa Mereka Juga Dapat Gaji Mereka Selepas Bertugas Sebulan. Tetapi Kami Hendak Menunggu Hingga Setahun? Adakah Kami Tidak Memerlukan Wang Untuk Menjalani Kehidupan Seharian?

Saya Amat Kecewa.



3 comments:

awk asal klntn ea?..ssh ke nk jd guru sandaran ni...sy bru nk apply

kalau waktu tunggu result SPM boleh jd guru sandaran tak ?

Post a Comment

Tags

Labels

Blog Archive

Blog Archive