26 January 2011

Jet Li Jadi Warga Singapura

Posted by KelateLeaks 3:14 PM, under | No comments

Bintang Kung Fu Kelahiran Beijing, China Yang Terkenal, Jet Li Mengesahkan Bahawa Dia Telah Menjadi Warganegara Singapura.

Li Mengambil Keputusan Untuk Menetap Di Singapura Kerana Aspek Keselamatan Dan Sistem Pendidikan Negara Itu Yang Memberi Penekanan Terhadap Pengajaran Bahasa Inggeris Dan Mandarin Kepada Para Pelajarnya. Menurut Li, Dia Mahu Anak-Anaknya Menerima Pendidikan Bahasa Inggeris Dan Cina Di Negara Tersebut.

Li Yang Membintangi Banyak Filem Hollywood Termasuk The Expendables Dan The Mummy: Tomb Of The Dragon Em Peror Menyatakan Keputusannya Itu Turut Dipengaruhi Oleh Ketiadaan Paparazi Di Negara Itu.

"Anak-Anak Saya Akan Menerima Pendidikan Dua Bahasa Yang Baik Selain Kestabilan Sosial Negara Ini. Mereka (Anak-Anaknya) Juga Tidak Akan Diganggu Oleh Para Wartawan," Kata Li Dalam Bahasa Mandarin. Melucukan Kerana Saya Telah Memegang Pasport As Dan Tinggal Di Sana Selama 20 Tahun, Tiada Siapa Yang Bercakap Mengenainya. Sekarang, Bila Saya Datang Ke Singapura, Semua Orang Ingin Tahu Kenapa Saya Datang Ke Sini," Katanya.

Terdapat Khabar Angin Yang Menyatakan Bahawa Bintang Filem Itu Membeli Sebuah Rumah Berharga As$14 Juta (Rm42.7 Juta) Di Singapura. Li Tidak Menyatakan Sama Ada Dia Menggugurkan Ke Rakyatan As Dan China Tetapi Undang-Undang Singapura Membenarkan Rakyatnya Memiliki Dua Kerakyatan. Li Mengikut Jejak Langkah Aktres Popular China, Gong Li Yang Menjadi Warganegara Singapura Pada 2008.









Kisah Di Sebalik Facebook Yang Perlu Anda Tahu

Posted by KelateLeaks 8:58 AM, under | No comments

1. Kes Penceraian Dan Keretakan Rumahtangga.

Menurut Sebuah Syarikat Guaman, Hampir Satu Daripada Lima Tuntutan Cerai Yang Diuruskannya Menyebut Facebook Sebagai Satu Daripada Punca.

Pengarah Urusan, Divorce-Online, Mark Keenan Berkata: “Saya Terdengar Kakitangan Saya Berkata, Ramai Orang Yang Bercakap Mereka Mengetahui Kecurangan Teman Hidup Mereka Dalam Facebook.

“Saya Mengambil Keputusan Untuk Mencari Bagaimana Serius Keadaan Itu. Saya Terkejut Apabila Mendapati 20 Peratus Daripada Tuntutan Cerai Merujuk Kepada Facebook. Alasan Paling Lumrah Ialah Pengguna Laman Itu Bersembang Mengenai Seks Dengan Orang Yang Tidak Berkenaan.” [Sumber]

Setelah 6 Tahun Berkahwin, Emma Brady Dan Neil Brady Berpisah. Emma Yang Terkejut Dengan Berita Itu Diberitahu Oleh Kawannya Di Denmark Yang Suaminya Telah Membuat Pengumuman Di Facebook Bahawa Mereka Telah Bercerai Melalui Status, "Neil Brady Has Ended His Marriage To Emma Brady" 'Neil Brady Telah Mengakhiri Pernikahannya Dengan Emma Brady'. Emma Sangat Kecewa Kerana Perpisahan Yang Dilakukan Dengan Mendadak Tanpa Berbincang Terlebih Dahulu. [Sumber]

Keretakan Rumah Tangga Juga Terjadi Di Kalangan Rakyat Malaysia. Setelah 14 Tahun Mendirikan Rumah Tangga, Kemudian Isteri Meyertai Facebook Dan Mula Berjumpa Kembali Teman2 Lama. Bermula Dengan Sembang Kosong Di Facebook Dan Sebok Melayan Kawan Lelakinya Yang Kini Sudah Menjadi Suami Orang, Kini Galak Bergayut Di Telefon Pula!! [Sumber]

Pada Mulanya Dia Mencari Rakan Lama Dari Zaman Sekolahnya. Selepas Berjaya Menemui Beberapa Orang, Dia Berhubungan Dengan Mereka. Yang Saya Tak Suka, Kawannya Bukan Hanya Perempuan, Sebaliknya Ramai Juga Lelaki.

Saya Tidak Suka Dia Bersembang Dengan Rakan Lelakinya Biarpun Hanya Melalui Facebook. Pernah Saya Menyindirnya Dengan Memberi Contoh Kejadian Negatif Yang Berlaku Pada Masa Ini Jika Terlalu Asyik Bersembang Melalui Internet, Tapi Katanya Saya Cemburu.

Dia Langsung Tidak Memikirkan Perasaan Saya Sebagai Suami. Baginya, Apa Yang Dia Lakukan Tidak Menyalahi Hukum Agama. Saya Pula Berpendapat Saya Ada Hak Untuk Curiga Dan Menghalangnya Berbuat Demikian Kerana Semua Rakan Lelakinya Di Facebook Sudah Berkahwin. Lebih Mengecewakan, Daripada Bersembang Melalui Internet, Kini Mereka Galak Pula Berbual Melalui Telefon.

Jadi, Saya Bimbang Jika Selepas Ini Mereka Merancang Untuk Berjumpa Pula. Dia Seolah-Olah Lupa Kawan Lelakinya Juga Sudah Berkahwin. Kenapa Dia Suka Sangat Berbual Dengan Suami Orang?

2. Melemahkan Generasi Muda Arab

Penelitian Ini Dilakukan Oleh Islam Hijazi, Sebuah Badan Peneliti Di Fakulti Ilmu Pengetahuan Politik Di Universiti Kaherah, Mesir, Dan Juga International Centre For Future And Strategic Study In Cairo.

Menurut Islam Hejazi Di Waktu Ini Ramai Pengguna Facebook Bertukar Menjadi Aktivis Alam Maya Sahaja. Mereka Tidak Dapat Menyatakan Menyelesaikan Dan Memahami Permasalahan Dunia Yang Sebenar.

Sebagai Contoh, Ketika Berlaku Apa-Apa Kejadian Ke Atas Umat Islam, Mereka Hanya Cukup Dengan Membuat Sepanduk, Kecaman, Atau Kumpulan-Kumpulan Di Wall Facebook, Dan Seterusnya, Mereka Merasa Aman Tentang Kewajiban Yang Lain. Tiada Tindakan Susulan Yang Dapat Mereka Laksanakan. Dalam Arti Lain, Para Penguna Facebook Di Negara Arab Yang Berusia Muda Hidup Dalam Dunia Yang Penuh Kepalsuan.

3. Penghapusan Akaun Pro Islam Dan Jihad

Pihak Pengurusan Facebook Dengan Semena-Mena Menghapus Akaun Milik Syaikh 'Aidh Al Qarni Tanpa Memberikan Alasan Apapun Tentang Penghapusan Akaun Beliau.

Pihak Pengurusan Facebook Tidak Menjawab Soalan Yang Bertubi-Tubi Yang Ditanyakan Oleh Pembela Dan Peminat Dr. Sheikh Aidh Al Qarni. Mereka Memadam Akaun Dr. Sheikh Aidh Al Qarni Tanpa Sebarang Alasan Yang Jelas.

Selain Itu, Pihak Facebook Juga Telah Banyak Memadam Akaun Yang Lancang Menyuarakan Islam Dan Jihad Di Internet. Salah Satunya Adalah Group Cyber Jihad Community Yang Dibuat Oleh Muhammad Jibriel Abdul Rahman Yang Juga Merupakan Pimpinan Dari Ar Rahmah Media.

Walau Bagaimana Pun Setiap Group Yang Mati Akan Diganti Baru Oleh Ahli-Ahli Komuniti Yang Lain. Yang Ingin Dinyatakan Di Sini, Mengapa Banyak Group Yang Mempunyai Unsur Pornografi Dan Lain-Lain Tidak Ditutup??



Keajaiban Molekul Air

Posted by KelateLeaks 8:46 AM, under | No comments

Cuba Kita Lihat Sekeliling Kita. Jika Diperhatikan, Semuanya Diselaputi Air. Tidak Percaya? Air Merangkumi Tiga Per Empat Daripada Seluruh Permukaan Bumi. Sungai, Laut, Tasik Dan Juga Empangan-Empangan, Sama Ada Yang Semula Jadi Ataupun Binaan Manusia, Adalah Terdiri Daripada Air. Ais Di Kutub Utara Dan Kutub Selatan Juga Salah Satu Kategori Air Dalam Bentuk Pepejal. Air Yang Berada Di Langit Meliputi Awan Kumulonumbus Dan Awan-Awan Mendung Kelabu. Tubuh Badan Kita, Haiwan Dan Tumbuh-Tumbuhan, Semua Berkomposisikan Air.

Air Adalah Sumber Utama Kepada Semua Benda Hidup. Asal Kepada Wujudnya Hidupan Di Muka Bumi Ini Juga Bermula Dari Air. Allah Berfirman: "Tidakkah Orang-Orang Kafir Mengetahui Bahawa Langit Dan Bumi Adalah Keduanya Bertaut (Bersatu), Lalu Kami Belahkan Keduanya? Kami Jadikan Tiap-Tiap Yang Hidup Dari Air. Tidakkah Mereka Percaya?". [Surah Al-Anbiya:30].

Dalam Ayat Ini Allah Menceritakan Bahawa Semua Makhluk Yang Bernyawa Bermula Daripada Air. Air Yang Turun Dari Langit Menjadi Sumber Kepada Kewujudan Kepada Benda Hidup Di Muka Bumi Ini. Akan Tetapi Adakah Kita Tahu Tentang Mengapa Kita Perlu Membaca Bismillah Sebelum Meneguk Air? Pernahkah Terlintas Di Fikiran Kita Bahawa Ada Hikmahnya Dari Segi Sains?

Bacaan Ke Atas Perkataan Yang Membawa Maksud Yang Baik Pada Air Akan Mendatangkan Faedah Kepada Si Peminumnya. Ini Kerana Zarah-Zarah Yang Ada Di Dalam Air Akan Berubah Menjadi Corak Yang Cantik Dan Paten Yang Seragam Apabila Air Tersebut Didedahkan Kepada Bunyi-Bunyi Dari Perkataan Yang Baik. Apabila Air Yang Memiliki Molekul Yang Indah Itu Diminum, Maka Badan Kita Akan Memancarkan Cahaya Ataupun "Nur" Yang Tampak Kelihatan Pada Wajah. Bahkan Badan Akan Bertambah Sihat Dan Cergas.

Membuktikan Kuasa Allah, Seperti Yang Dikaji Saintis Tubuh Badan Manusia Mengandungi 70 Peratus Air. Ini Secara Tidak Langsung Menunjukkan Bahawa Air Memainkan Peranan Penting Dalam Membentuk Manusia Baik Dari Segi Rohani Ataupun Jasmani. Maka Dengan Itu Adalah Penting Bagi Kita Untuk Memastikan Semua Air Yang Masuk Ke Badan Kita Memiliki Molekul Yang Sempurna, Yakni Melalui Pembacaan Bismillah Atapun Doa Sebelum Meminum Air Tersebut.

Jika Air Yang Dibaca Zikir Mampu Mengeluarkan Aura Berseri Pada Wajah, Maka Begitu Juga Sebaliknya. Air Yang Dibiarkan Terdedah Dengan Bunyi-Bunyian Lagu Rancak Yang Tidak Berfaedah Akan Memburukkan Molekul-Molekul Air Tersebut. Paten Air Tidak Akan Serasi Dan Bentuknya Akan Merubah Kepada Imej Yang Negatif.

Eksperimen Yang Dijalankan Oleh Saintis Barat Telah Banyak Membuktikan Bahawa Molekul Air Yang Terdedah Kepada Muzik Rock Ataupun Pop, Memiliki Bentuk Molekul Yang Tidak Teratur Dan Pecah. Saintis Jepun Yang Mengkaji Mengenai Corak Air Turut Berkata Bahawa Kajian Yang Dijalankan Ke Atas Botol Air Yang Ditulis Dengan Perkataan Yang Kejam Seperti "Saya Ingin Bunuh Awak" Akan Memaparkan Imej Berbentuk Pisau Untuk Menikam Mangsanya.

Oleh Yang Demikian, Secara Logiknya, Air Yang Memiliki Molekul Yang Buruk Akan Memberi Kesan Yang Tidak Baik Kepada Si Peminum Seperti Mana Air Bermolekul Indah Memberi Kesan Sempurna Kepada Peminumnya. Dalam Erti Kata Lain, Air Yang Tidak Dibaca Bismillah, Tidak Akan Dapat Memancarkan Keserian Wajah Pada Si Peminum, Bahkan Mungkin Menjadikan Orang Lain Tidak Suka Untuk Melihat Wajahnya Setelah Meneguk Air Yang Tidak Dibacakan Puji-Pujian Ke Atas Allah Padanya.

Dr. Masaru Emoto, Seorang Saintis Jepun Menulis Dalam Karyanya Yang Cukup Terkenal Berjudul "The True Power Of Water" Menyatakan Bahawa Air Boleh "Mendengar" Kata-Kata, "Membaca" Tulisan, Dan "Mengerti" Serta "Merekod" Ucapan Seperti Pita Magnetik Atau Cakera Padat. Semakin Kuat Konsentrasi Pengucap, Semakin Jelas Pesanan Tercetak Di Dalam Air. Ketika Dibacakan Doa Untuk Kesembuhan Penyakit Di Depan Sebotol Air Maka Terakam Imej.

Apabila Dibacakan Doa Islam, Kristal Bersegi Enam Dengan Lima Cabang Daun Muncul Berkilauan. Ketika Dimainkan Muzik Simfoni Mozart, Kristal Muncul Berbentuk Bunga. Sewaktu Muzik 'Heavy Metal' Diperdengarkan, Kristal Akan Hancur.

Kristal Air Ini Pula Merakam Lagu "Imagine" Dari John Lennon. Seperti Lagunya, Kristal Ini Unik Dan Indah. Setiap Elemen Tumbuh Dengan Harmonis. Selanjutnya Diucapkan Perkataan "Malaikat". Hasilnya Terbentuk Rantai Dengan Kristal Heksagon Yang Indah Dan Ketika Diucapkan Perkataan "Syaitan", Kristal Berbentuk Buruk Dengan Bola Api Ditengah.

Satu Lagi Teori Yang Membuktikan Ketaatan Air Ini Kepada Allah S.W.T. Adalah Pembahagian Air Laut Yang Tidak Bercampur Di Antara Satu Sama Lain Dan Tetap Berada Pada Kawasan Yang Telah Ditetapkan. Al-Quran Telah Lama Membuktikan Teori Ini. Allah Berfirman: "Ia Biarkan Air Dua Laut (Yang Masin Dan Yang Tawar) Mengalir, Sedang Keduanya Pula Bertemu; Di Antara Keduanya Ada Penyekat Yang Memisahkannya, Masing-Masing Tidak Melampaui Sempadannya; Maka Yang Mana Satu Di Antara Nikmat-Nikmat Tuhan Kamu, Yang Kamu Hendak Dustakan?" [Surah Ar-Rahman: 19-21].

Allah Berfirman Lagi: "Dan Dia Lah Tuhan Yang Telah Mengalirkan Dua Laut Berdampingan, Yang Satu Tawar Lagi Memuaskan Dahaga, Dan Yang Satu Lagi Masin Lagi Pahit; Serta Ia Menjadikan Antara Kedua-Dua Laut Itu Sempadan Dan Sekatan Yang Menyekat Percampuran Keduanya." [Surah Al-Furqan:53].

Kini, Selepas Lebih Kurang 1400 Tahun, Seorang Saintis Lautan Dari Perancis, Jacques Yves Costeau, Mengakui Teori Bahawa Sememangnya Lautan Tidak Bercampur Di Antara Satu Sama Lain. Sememangnya Terdapat Seperti Dinding Yang Terbina Dari Membran Sel Yang Membahagi Setiap Lautan Yang Terdapat Di Bumi Ini Melalui Perbezaan Suhu Dan Arus Yang Wujud Di Dalam Air Laut Tersebut.

Beralih Pula Tentang Kajian Yang Dilakukan Ke Atas Air Zam Zam Yang Suci, Air Ini Menunjukkan Bahawa Air Yang Tidak Pernah Putus-Putus Keluar Dari Bumi Ini Memiliki Bentuk Molekul Yang Sangat Cantik Sekali. Selain Tidak Pernah Kering, Ia Juga Mempunyai Komposisi Garam Dan Rasa Yang Sentiasa Sama Sejak Dari Dulu Sehingga Sekarang. Walaupun Dibawa Ke Mana-Mana Di Seluruh Dunia, Rasanya Masih Tetap Sama Dan Tidak Pula Berbau.

Klorin Juga Tidak Diperlukan Bagi Membersihkan Air Ini Dari Kuman-Kuman Yang Boleh Mengakibatkan Alga Dan Mengeluarkan Bau Yang Selalunya Terjadi Kepada Air Biasa Jika Tidak Dirawat Dengan Klorin. Tidak Pernah Juga Kita Dengari Mana-Mana Jemaah Haji Yang Pulang Ke Tanah Air Masing-Masing Di Seluruh Pelosok Dunia Memberi Komen Yang Buruk Mengenai Air Zam Zam. Sekali Lagi Air Telah Membuktikan Kekuasaan Allah S.W.T.

Kesimpulannya, Air Juga Adalah Salah Satu Dari Jutaan Makhluk Allah Yang Sentiasa Taat Dan Patuh Kepada Fitrah Dan Suruhan Allah. Ia Juga Suka Kepada Perkara-Perkara Yang Baik Dan Akan Hancur Jika Terdedah Kepada Perkara-Perkara Yang Tidak Elok. Oleh Yang Demikian, Kita Manusia, Makhluk Yang Diangkat Oleh Allah Sebagai Makhluk Yang Terbaik, Seharusnya Menginsafi Kejadian Diri Kita Yang Dipenuhi Lebih Tiga Perempat Dengan Air.






Keajaiban Solat Subuh Berjemaah

Posted by KelateLeaks 8:34 AM, under | No comments

Seorang Penguasa Yahudi Berkata: "Kami Baru Takut Terhadap Umat Islam Jika Mereka Telah Melaksanakan Solat Subuh Seperti Melaksanakan Solat Juma'at." (Buku Misteri Solat Subuh Oleh Dr Raghib As-Sirjani). 

"Sungguh Masjid-Masjid Di Seluruh Penjuru Dunia Ini Merintih Pedih Dan Mengeluh Kepada Allah Kerana Dijauhi Oleh Majoriti Kaum Muslimin Ketika Solat Subuh Sedang Dilaksanakan. Kalau Bukan Kerana Ketentuan Allah Bahawa Benda-Benda Mati Itu Tidak Bisa Bicara, Tentu Manusia Dapat Mendengar Suara Rintihan Dan Gemuruh Tangis Masjid-Masjid Itu Mengadu Kepada Rabbnya Yang Agung". (Buku Keajaiban Solat Subuh Oleh Dr. Imad Ali Abdus Sami Husain). 

Disebalik Pelaksanaan Solat Subuh, Tersimpan Rahsia Yang Menakjubkan. Banyak Permasalahan Yang Bila Dirujuk, Bersumber Dari Pelaksanaan Solat Subuh Yang Dipandang Ringan. Itulah Sebabnya, Para Sahabat Nabi Saw Berusaha Sekuat Tenaga Agar Tidak Kehilangan Waktu Emas Itu. Pernah Suatu Ketika Mereka Terlambat Solat Subuh Dalam Penaklukkan Benteng Tsatar. "Tragedi" Ini Membuat Sahabat Seperti Anas Bin Malik Selalu Menangis Bila Mengenangnya.

Menurut Sejarah, Kejayaan Lahir Dan Batin Umat Islam Zaman Dahulu Kerana Mereka Yang Melaksanakan Solat Subuh Seperti Yang Ditakutkan Oleh Penguasa Yahudi Di Atas Yaitu Jemaahnya Sama Seperti Solat Juma'at. Pada Zaman Salafus Solih, Masjid-Masjid Selalu Penuh Sesak Dengan Orang-Orang Yang Menunaikan Solat Subuh Seperti Tidak Ada Bezanya Dengan Saat Mereka Menunaikan Solat Juma'at. Keadaan Ini Masih Terlihat Di Tanah Suci Makkah Dan Madinah Saat Ini. Pantaslah Di Sana Kehidupan Masyarakatnya Makmur, Relatif Aman Dan Harga Keperluan Hidup Stabil Sejak Puluhan Tahun Yang Silam. Misalnya Harga Telur, Ayam, Pisang Dan Udang Tetap Tidak Berubah Sama Dengan Saat Ini.

Sangat Sayangnya Rasulullah Saw Kepada Pengikutnya, Sampai Beliau Berdoa: "Ya Allah Berkatilah Umatku Selama Mereka Senang Bangun Subuh". Dan Dalam Hadis Lain Beliau Menjamin Bila Orang Senang Bangun Subuh Maka Rezeki Dan Hidupnya Akan Berkah Seperti Sabda Rasulullah Saw: "Berpagi - Pagilah Kamu Mencari Segala Keperluan Atau Hajat, Kerana Sesungguhnya Diwaktu Pagi Itulah Terdapat Berkah". Kenapa Maka Solat Subuh Itu Memperoleh Perhatian Utama? Sebab Allah Swt Sendiri Telah Menegaskannya Dalam Al Quran: "Dan (Dirikanlah Pula Solat Subuh). Sesungguhnya Solat Subuh Itu Disaksikan (Oleh Malaikat)". [Al Israk : 17 Ayat 78].

Solat Subuh Memang Merupakan Tolok Ukur Keimanan Seseorang. Jika Ada Seorang Mukmin-Walaupun Ia Kerap Puasa, Tilawah Al Quran, Berzikir Atau Bahkan Ia Seorang Ustaz Sekalipun, Namun Ia Masih Merasa Berat Untuk Bangun Menghadiri Solat Subuh Berjemaah Di Masjid, Maka Ia Harus Banyak Bermuhasabah, Jangan-Jangan Ia Termasuk Dalam Katagori Sabda Rasulullah Saw : "Solat Yang Paling Berat Bagi Orang-Orang Munafik Adalah Solat Isyak Dan Solat Subuh" (Hr.Ahmad), Demikian Antara Lain Komentar Dr Imad Ali Abdus Sami Husain Dalam Bukunya "Keajaiban Solat Subuh". Hal Sedemikian Juga Diungkapkan Oleh Dr. Raghib As-Sirjani, Seperti Dikatakannya: "Seorang Ustaz Yang Tidak Menjaga Solat Subuh Dalam Berjemaah, Tetapi Dia Berbicara Dan Berceramah Dalam Sebuah Majlis Tentang Tegaknya Agama Allah Dimuka Bumi, Naif !".

Dasar Kenyataan Kedua Ulama Dan Penulis Timur Tengah Di Atas, Sudah Pasti Peristiwa Yang Terjadi Di Zaman Rasulullah Saw. Sebab Bila Beliau Meragukan Keimanan Seseorang Maka Nabi Saw Akan Menelitinya Pada Saat Solat Subuh. Apabila Beliau Tidak Mendapati Orang Tadi Solat Subuh, Maka Benarlah Apa Yang Beliau Ragukan Dalam Hati.

Ubai Bin Ka'ab Berkata: "Rasulullah Saw Pernah Solat Subuh, Kemudian Berkata, 'Apakah Kalian Menyaksikan Bahwa Si Fulan Solat?' Mereka Menjawab, 'Tidak'. Beliau Berkata Lagi, 'Si Fulan?'. Mereka Menjawab, 'Tidak'. Maka Nabi Mulia Itu Berkata: "Sesungguhnya Dua Solat Ini (Subuh Dan Isyak) Adalah Solat Yang Berat Bagi Orang-Orang Munafik. Sesungguhnya, Apabila Mereka Mengetahui Apa Yang Ada Dalam Solat Subuh Dan Isyak, Maka Mereka Akan Mendatanginya, Sekalipun Dengan Merangkak. [Riwayat Ahmad Dan An-Nasa'i].

Ibnu Umar Ra Pun Berkata: "Ketika Kami Tidak Melihat Seseorang Dalam Solat Subuh Atau Isyak, Kami Langsung Berperasangka Buruk Kepadanya." Dan Ujar Imam Malik Lagi: "Batas Antara Kita Dengan Orang-Orang Muanfik Adalah Menghadiri Solat Isyak Dan Subuh, Sebab Orang-Orang Munafik Tidak Sanggup Menghadiri Kedua Solat Tersebut".

Diceritakan Satu Ketika Rasulullah Saw Solat Subuh Di Masjid Nabawi. Begitu Pulang Beliau Mendapati Putrinya Siti Fatimah Masih Tidur. Maka Beliau Pun Membalikklan Tubuh Fatimah Dengan Kakiknya, Kemudian Berkata: "Hai Fatimah, Bangun Dan Saksikanlah Rezeki Robbmu, Kerana Allah Swt. Membagi-Bagi Rezeki Para Hamba Antara Solat Subuh Dan Terbitnya Matahari". [Riwayat Baihaqi].

Dilain Waktu Rasulullah Saw Menjadi Imam Solat Subuh, Beliau Tidak Melihat Ali Bin Abi Thalib Ra. Khawatir Menantunya Ini Sakit, Beliau Langsung Menuju Rumahnya. Ketika Bertemu Dengan Siti Fatimah, Mendapat Penjelasan Bahwa Sangat Asyiknya Ali, Suaminya Beribadah Malam, Maka Solat Subuh Dilakukan Di Rumah. Rasulullah Saw Kemudian Berkata: "Solat Subuh Yang Dilakukan Secara Berjemaah (Di Masjid), Lebih Bagus Daripada Ibadah Yang Dilakukan Seseorang Sepanjang Malam Di Rumah".

Dalam Hadis Yang Diriwayatkan Oleh Muslim Bahwa Rasulullah Saw Telah Bersabda: "Barangsiapa Yang Melaksanakan Solat Isyak Secara Berjemaah, Maka Ia Seperti Solat Malam Separuh Malam. Dan Barangsiapa Yang Melaksanakan Solat Subuh Secara Berjemaah, Maka Ia Seperti Solat Malam Satu Malam Penuh". Sehingga Ibnu Umar Pun Menegaskan: "Sungguh, Aku Bisa Melaksanakan Solat Subuh Secara Berjemaah, Itu Lebih Aku Sukai Daripada Solat Malam Semalam Suntuk". Sudah Pasti Yang Paling Baik Adalah Istiqamah Solat Malam Di Rumah Sesuai Kemampuan Dan Ditutup Dengan Solat Subuh Secara Berjemaah Di Masjid.



Rahsia Wudhuk Kepada Kesihatan

Posted by KelateLeaks 8:15 AM, under | No comments

Wudhuk Itu Adalah Mukadimah Kepada Solat. Sebelum Menunaikan Solat, Kita Harus Mengambil Wudhuk Terlebih Dahulu. Wudhuk Adalah Satu Cara Pengabdian Kepada Allah Dengan Membasuh Anggota Tertentu Menurut Cara Ditetapkan Syarak. Menurut Ijtimak Ulama, Solat Tanpa Wudhuk Tidak Akan Diterima Manakala Penilaian Daripada Kelebihan Berwudhuk, Ia Menghapuskan Dosa Kecil.

Sewajarnya Umat Islam Hendaklah Berwudhuk Seperti Sifat Wudhuk Yang Ditetapkan Syarak Di Samping Menyempurnakan Anggota Wudhuk Yang Wajib Dan Menjaga Perbuatan Sunat Serta Perkara Dituntut Ketika Berwudhuk.

Sayidina Abu Bakar Atau Sayidina Umar Kelihatan Pucat Mukanya Atau Menggigil Ketika Mengambil Wudhuk Lagi, Kerana Mereka Sedar Sebentar Lagi Mereka Akan Menghadap Allah, Tuhan Sekalian Alam.

Wudhuk Mempunyai Banyak Kelebihan Yang Tersendiri. Ia Bukan Hanya Sekadar Membersihkan Dan Menyucikan Diri, Nilai Yang Terkandung Di Dalamnya Juga Boleh Dirasai Hingga Ke Dalam Hati. Namun, Ramai Antara Kita Yang Tidak Sedar Akan Hakikat Bahawa Setiap Yang Dituntut Dalam Islam Mempunyai Hikmahnya Yang Tersendiri. Pernahkah Terfikir, Mengapa Kita Mengambil Wudhuk Sedemikian Rupa? Allah Berfirman Dalam Al-Quran Yang Maksudnya:

"Hai Orang-Orang Beriman, Apabila Kamu Hendak Mengerjakan Solat, Maka Basuhlah Mukamu Dan Tanganmu Sampai Ke Siku, Dan Sapulah Kepalamu Dan (Basuh) Kakimu Sampai Dengan Kedua Mata Kaki... [Surah Al-Maa'idah : 6]

Sebagai Orang Yang Beragama Islam, Bersikap Bersih Amat Perlu Dalam Kehidupan. Kebersihan Daripada Kekotoran Yang Dilakukan Oleh Seseorang Pada Diri, Pakaian Dan Tempat Tinggal Mempunyai Nilai Yang Tinggi Sehingga Disebut Rasulullah Separuh Daripada Iman. Kebersihan Yang Dimaksudkan Juga Termasuk Kebersihan Hati Daripada Sifat-Sifat Seperti Takabur, Riyak Dan Hasad Yang Memerlukan Kita Bertaubat. Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Apabila Seseorang Hamba Muslim Atau Mukmin Berwudhuk, Lalu Ia Mencuci Wajahnya, Maka Akan Keluar Daripada Wajahnya Setiap Dosa Yang Ia Lihat (Yang Haram) Bersamaan Dengan Air Atau Bersamaan Titisan Air Terakhir Bila Ia Mencuci Kedua Tangannya, Keluar Dosa-Dosa Yang Dilakukan Kedua Kakinya Bersamaan Denagn Air Atau Bersamaan Dengan Titisan Air Terakhir Hingga Ia Keluar Dalam Keadaan Bersih Daripada Dosa." [Hadis Riwayat Muslim].

Hikmah Untuk Kesihatan

Wudhuk Sebenarnya Mempunyai Rahsianya Yang Tersendiri Terutamanya Dari Sudut Kesihatan. Ada Beberapa Kajian Yang Mengukuhkan Kenyataan Ini. Terdapat Satu Artikel Yang Bertajuk Muslims Rituals And Their Effect On The Person's Health Yang Dikarang Oleh Dr. Magomed Magomedov Seorang Pengamal Perubatan.

Beliau Mengatakan Bahawa Berwudhuk Merangsang Pusingan Biologi Manusia Dengan Merangsang Kawasan-Kawasan Yang Tertentu Yang Dikenali Sebagai Kawasan Aktif Biologi. Menurut Beliau, Bangsa Cina Banyak Mengkaji Ilmu Refleksologi Dan Mereka Meyakini Jika Kawasan Aktif Biologi Ini Dirangsang Ia Akan Merangsang Sistem Saraf Dalam Badan Sekaligus Memberi Kesan Yang Positif Terhadap Kesihatan Seseorang.

Berdasarkan Ilmu Perubatan China, Badan Manusia Mempunyai Lebih Kurang 700 "Kawasan Aktif Biologi" Dan 66 Daripadanya Memberi Kesan Positif Yang Segera Sekiranya Dirangsang. Dan Daripada 66 Kawasan Ini, 61 Daripadanya Berada Di Kawasan Wudhuk Utama Orang Islam.

Manakala Lima Lagi Kawasan Terletak Antara Buku Lali Dan Lutut Di Mana Ia Kawasan Yang Disunatkan Berwudhuk. Di Samping Kita Berwudhuk Dalam Menunaikan Ibadah Ia Juga Mengandungi Penawar Yang Mampu Mencegah Daripada Pelbagai Penyakit.

Beliau Juga Menyatakan Apabila Seseorang Menyentuh Mukanya Semasa Berwudhuk, Ia Merangsang Saraf Bagi Memberi Kekuatan Baru (Recharge) Kepada Organ-Organ Seperti Usus, Perut, Pundi Kencing, Sistem Peranakan Dan Sistem Saraf.

Apabila Kawasan Kaki Kanan Dibasuh Dan Digosok Ia Merangsang Sistem Saraf Bagi Memulihkan Sistem Tulang, Usus Pankreas, Hempedu, Tiroid Dan Kawasan Pinggang. Manakala Apabila Kaki Kiri Dibasuh Dan Digosok, Merangsang Sistem Saraf Yang Berperanan Untuk Mengelokkan Kelenjar Pituitury Dan Kawasan Otak Yang Mengawal Sistem Endokrin.

Dalam Satu Buku Yang Bertajuk Prayers: A Sport For The Soul And Body Tulisan Mukhtar Salem Melaporkan Bahawa Berwudhuk Mampu Mencegah Seseorang Daripada Kanser. Hal Ini Disebabkan Kanser Adalah Bahan Kimia Yang Melekat Pada Kulit Badan Seseorang Kesan Daripada Pencemaran Yang Berlaku Pada Hari Ini. Pembasuhan Anggota Badan Melalui Wudhuk Ini Secara Tidak Langsung Membersihkan Badan Daripada Kesan Pencemaran Ini.

Berhubung Dengan Perbuatan Berkumur Semasa Berwudhuk Dengan Tujuan Membersihkan Mulut Daripada Sisa-Sisa Makanan Yang Melekat Dicelah-Celah Gigi Ditambah Pula Dengan Galakan Nabi Supaya Bersiwak (Menggosok Gigi) Semasa Berwudhuk.

Sabda Nabi, "Jika Tidak Menyusahkan Umatku, Akan Aku Suruh Mereka Bersiwak Setiap Kali Mereka Hendak Bersolat Dan Akan Aku Suruh Mereka Ketika Berwudhuk." [Hadis Riwayat Ahmad].

Mengikut Malaysia Healthcare Guide (1997) Antara Cara Yang Terbaik Untuk Mencegah Kerosakan Gigi Ialah Dengan Menggosok Gigi Setiap Kali Selepas Makan Atau Pun Paling Kurang Berkumur Mulut.

Justeru Melaksanakan Wudhuk Adalah Relevan Dan Banyak Kelebihan Dengan Kehidupan Manusia Pada Hari Ini. Benarlah Ibnu Qaiyim Al-Jauziyah Dalam At-Tib An-Nabawi, "Mandi Wajib Dan Wudhuk Mendatangkan Kesegaran Badan Dan Kesedapan Jiwa Serta Menghilangkan Sebarang Kekotoran Yang Diperoleh Antaranya Disebabkan Jimak."

Kelebihan Wudhuk Mengikut Sunnah

Daripada Abu Malik Al-Haris Ibn Asim Al-Asya'arie R.A. Beliau Berkata : Rasulullah S.A.W. Telah Bersabda : "Kebersihan Itu Sebahagian Daripada Iman."

Jika Seseorang Muslim Itu Menghayati Faedah Berwudhuk Nescaya Ia Akan Berwudhuk Setiap Masa. Malah Denga Wudhuk Yang Baik Dapat Menghapuskan Dosa.

Dari Umar R.A. Berkata : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. Bersabda : "Barangsiapa Berwudhuk Dengan Sebaik-Baik Wudhuk Maka Akan Keluar Dosa-Dosanya Dari Tubuhnya Sehingga Ia Keluar Dari Celah-Celah Kukunya." [Hadis Imam Muslim].

Dari Abi Umamah R.A. Berkata : "Rasulullah S.A.W. Bersabda : Apabila Seseorang Muslim Berwudhuk Maka Akan Keluar Dosa-Dosanya Dari Pendengarannya (Telinganya), Matanya, Tangannya Dan Dari Kedua Kakinya. Apabila Ia Duduk Menanti Solat, Ia Duduk Dalam Keampunan (Diampunkan) Dosa-Dosanya." [Hadis Imam Ahmad].

Dengan Wudhuk Seseorang Dapat Memasuki Syurga Dari Pintu-Pintu Yang Disukainya Sebagaimana Sabda Nabi S.A.W. :

"Tiada Seorang Pun Dari Kalian Yang Berwudhuk, Lalu Ia Menyampaikan Atau Meratakan Wudhuknya, Kemudian Dia Mengucapkan : Asyhadu Alla Ilaha Illallah Wa Anna Muhammadan 'Abduhu Wa Rasuluhu, Melainkan Dibukalah Untuknya Pintu Syurga Yang Lapan, Dia Boleh Memasuki Dari Pintu Manapun Yang Dia Kehendaki." [Hadis Riwayat Muslim].

Menurut Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. Bersabda : "Apabila Seorang Hamba Muslim Atau Mukmin Berwudhuk Lalu Membasuh Mukanya Keluarlah Semua Dosa Yang Dilihat Dengan Matanya Bersama Air Atau Bersama Titisan Air. Apabila Dia Membasuh Kedua-Dua Belah Tangannya Keluarlah Dosa Yang Dilakukan Menggunakan Kedua-Dua Tangannya Bersama Air Atau Titisan Air. Apabila Dia Membasuh Kedua-Dua Kakinya, Keluarlah Dosa Berjalan Yang Digunakan Kedua-Dua Belah Kakinya Bersama Air Atau Titisan Air Terakhir Sehingga Dia Benar-Benar Bersih Dari Segala Dosa." [Hadis Riwayat Muslim].

Banyak Hadis Yang Menganjurkan Supaya Kita Berada Dalam Keadaan Berwudhuk, Walaupun Kita Bukan Dalam Keadaan Mendirikan Solat.

Berdasarkan Sunnah Ini, Generasi Sahabat Sehingga Generasi Orang Soleh, Sentiasa Menjaga Wudhuk Mereka Dalam Segala Hal, Sama Ada Semasa Mereka Dalam Perjalanan, Membaca Al-Quran, Menuntut Ilmu, Bekerja, Ketika Hendak Tidur Dan Juga Termasuk Dalam Sebelum Dan Selepas Bersetubuh.

Rasulullah S.A.W. Pernah Bersabda, "Apabila Kamu Hendak Tidur, Berwudhuklah Seperti Kamu Hendak Solat. Sesudah Itu Berbaringlah Ke Kanan Dan Bacalah 'Ya Allah, Kuserahkan Diriku Kepadamu, Aku Berlindung Kepadamu. Tiada Ada Tempat Berlindung Dan Tempat Mencari Keselamatan Kecuali Kepadamu. Ya Alla, Aku Percaya Pada Kitab Yang Engkau Turunkan Dan Kepada Nabi Yang Kau Utuskan. Sekiranya Kamu Mati Pada Malam Itu, Maka Kamu Mati Dalam Muslim. Jadikanlah Doa Itu Sebagai Akhir Perbicaraan Kamu." [Hadis Riwayat Bukhari].

Beberapa Penemuan Saintifik Melalui Berwudhuk
1. Apabila Air Dingin Melalui Tubuh Yang Letih, Ia Mampu Melancarkan Peredaran Darah Dan Membuatkan Tubuh Lebih Segar.
2. Air Dingin Meningkatkan Keupayaan Sel Darah Putih Dalam Tubuh Serta Meningkatkan Sistem Pertahanan Tubuh Melawan Virus.
3. Berwudhuk Di Waktu Pagi Meningkatkan Produktiviti Hormon Estrogen Sekali Gus Meningkatkan Tahap Kesuburan.
4. Boleh Memperbaiki Jaringan Kulit Dan Membuatkan Kuku Lebih Sihat Dan Kuat.
5. Air Dingin Pada Waktu Pagi Mampu Menghasilkan Ion-Ion Negatif Yang Boleh Meneutralkan Darah Dan Membantu Menyerap Oksigen Dengan Lebih Optimal Sehingga Wajah Kelihatan Lebih Cerah Dan Berseri.



Dialog Dengan Jin Yang Tiada Agama

Posted by KelateLeaks 8:02 AM, under | No comments

Seorang Lelaki Datang Kepada Pengamal Perubatan Seraya Berkata: "Bapaku Kerasukan Jin".

"Bagaimana Kamu Tahu?," Tanya Pengamal Perubatan Islam.

Dia Berkata: Apabila Mendengar Khutbah Jumaat Di Masjid, Dia Kerasukan Dan Terus Dalam Keadaan Kerasukan Hingga Khutbah Selesai. Kerap Kali Kerasukan Di Dalam Solat. Setiap Malam Isnin Dia Tidak Membenarkan Sesiapa Pun, Bahkan Isterinya Untuk Masuk Kedalam Bilik Tidurnya. Pada Malam Tersebut Dia Akan Tidur Bersendirian Dalam Kegelapan.

Kemudian Pengamal Perubatan Islam Bersama Orang Itu Dan Tiga Orangnya Pergi Menemui Orang Yang Sakit Tersebut. Dia Berusia Sekitar 45 Tahun. Kekuatan Akalnya Pun Masih Sihat Sepenuhnya.

Wahid : Siapa Namamu?
Dia : Mahmud.
Wahid : Sakit Apa Kamu?
Mahmud : Saya Rasa Seperti Kemasukan Jin.
Wahid : Adakah Kamu Ingin Agar Jin Itu Kami Keluarkan?
Mahmud : Ya, Dia Sangat Menyusahkan Saya, Bahkan Hampir-Hampir Memisahkan Saya Dengan Isteri Saya.
Wahid : Pergi Ambil Wudhuk.

Pengamal Perubatan Islam Dan Orang Yang Menyertainya Pun Berwudhuk. Kemudian Pengamal Perubatan Islam Perintahkan Kepada Salah Seorang Kawannya Untuk Membacakan Ruqyah Kepadanya. Setelah Dibacakan Ruqyah Dan Sebelum Berakhirnya Bacaannya, Jasad Orang Yang Dibacakan Tersebut Menggigil, Petanda Jin Telah Datang.

Wahid : Bismillah, Siapa Kamu?
Mahmud : Saya Jin. (Suara Berubah)
Wahid : Siapa Namamu?
Jin : Saya Stefirus
Wahid : Apa Agamamu?
Stefirus : (Diam Tidak Menjawab)
Wahid : Muslimah?
Stefirus : Tidak
Wahid : Kristian?
Stefirus : Tidak.
Wahid : Kafir?
Stefirus : Ya. Saya Tidak Ada Agama.
Wahid : Dimana Kamu Tinggal?
Stefirus : Saya Dari Jenis Jin Penyelam Yang Hidup Di Air, Saya Hidup Di Laut Merah.
Wahid : Kenapa Kamu Masuk Jasad Mahmud?
Stefirus : Untuk Membalas Dendam.
Wahid : Apa Yang Telah Dilakukannya?
Stefirus : Keluarga Kami Dari Jin Pernah Masuk Ke Jasad Seseorang Kemudian Dipegang Oleh Mahmud Dan Dipukulnya Dengan Keras Hingga Menyakitinya. Sedangkan Mahmud Bodoh, Tidak Tahu Bagaimana Membentengi Dirinya Dari Kami Bangsa Jin. Kemudian Aku Temui Dia Di Malam Yang Gelap Ketika Dia Berjalan Di Jalanan Sendirian Lalu Aku Masuk Ke Dalamnya.
Wahid : Sejak Bila Kamu Bersama Dia?
Stefirus : Sejak Kira-Kira 20 Tahun.
Wahid : Saya Akan Menawarkan Kepadamu Dan Kamu Bebas Menentukan Pilihan.
Stefirus : Katakan.
Wahid : Saya Tawarkan Islam Kepadamu.
Stefirus : Biar Aku Berfikir.
Wahid : Berapa Lama?
Stefirus : Tiga Hari.
Wahid : Tidak. Paling Lama Yang Boleh Kami Berikan Waktu Kepada Kamu Berfikir Sepuluh Minit.
Sepuluh Minit Kemudian.
Stefirus : Ya, Saya Masuk Islam.
Wahid : Kalau Begitu Ucapkanlah Syahadah.

Kemudian Jin Tersebut Pun Mengucapkan Syahadah Dan Menyatakan Taubatnya, Lalu Menamakan Dirinya Dengan "Ummu Ibrahim"

Wahid : Diantara Kesempurnaan Taubat Ini Ialah Melepaskan Kezaliman.
Ummu Ibrahim : Kezaliman Apa?
Wahid : Keberadaan Kamu Di Dalam Jasad Manusia Adalah Kezaliman, Kerana Itu Kamu Harus Keluar Darinya.
Ummu Ibrahim : Saya Tidak Akan Keluar Kerana Dua Sebab; Pertamanya Kerana Saya Sangat Mencintainya Tetapi Saya Tidak Tidur Bersamanya Kecuali Semalam Dalam Sepekan Iaitu Malam Isnin, Kemudian Malam-Malam Lainnya Saya Tinggalkan Untuk Isterinya.
Wahid : Apakah Kamu Menampakkan Diri Kamu Dalam Bentuk Seorang Wanita?
Ummu Ibrahim : Tidak.
Wahid : Lalu Bagaimana?
Ummu Ibrahim : Dia Melihatku Dalam Tidurnya Seperti Mimpi, Dia Melihatku Dalam Bentuk Seorang Wanita Cantik Dan Pada Pagi Harinya Dia Bangun Dalam Keadaan Junub. Sedangkan Saya, Benar-Benar Merasakan Kenikmatan Yang Sempurna.
Wahid : Itu Sebab Pertama, Apa Yang Keduanya?
Ummu Ibrahim : Sebab Yang Kedua Kerana Saya Pernah Bersuami Dengan Raja Jin Laut Merah, Kemudian Mati Dan Meninggalkan Saya. Kerajaannya Masih Berada Di Tangan Anak-Anakku. Mereka Masih Kafir, Kalau Tahu Aku Masuk Islam Nescaya Mereka Membunuhku.
Wahid : Sebab Yang Pertama, Hal Tersebut Merupakan Kebatilan, Kerana Dia Tidak Menyintaimu Dan Tidak Ingin Menikah Denganmu. Dia Baru Saja Mengatakan Kepadaku Bahawa Dia Ngin Mengeluarkanmu. Adapun Berkaitan Dengan Anak-Anakmu, Maka Sesungguhnya Kamu Boleh Lari Ke Tempat Mana Saja Di Lautan Atlantik Atau Yang Lainnya Sehingga Kamu Boleh Hidup Menyembah Allah Disana.
Ummu Ibrahim : Kalau Begitu, Saya Akan Keluar. Berilah Aku Waktu 3 Minit.
Kemudian Orang Itu Tersedar Dan Duduk Bersama Kami. Tetapi Kawan-Kawanku Berkata: "Mari Kita Pergi, Dia Sudah Keluar, Alhamdulillah"
Wahid : Tidak, Seolah-Olah Saya Melihatnya Di Kedua Matanya.

Kemudian Pengamal Perubatan Islam Letakkan Tangan Di Atas Kedua Pundaknya Dan Kedua Lututnya Dan Pengamal Perubatan Islam Dapati Bahawa Dia Belum Keluar Tetapi Sekadar Tipuan. Kemudian Pengamal Perubatan Islam Perintahkan Salah Seorang Ikhwan Untuk Membacakan Ruqyah Sekali Lagi, Dan Belum Sempat Selesai Membaca Jin Itu Datang Lagi.

Wahid : Begitu Wahai Ummu Ibrahim, Kamu Tipu Kami?
Ummu Ibrahim : Percayalah, Sesungguhnya Saya Sangat Mencintainya, Saya Telah Hidup Bersamanya Selama Sepuluh Tahun Dan Saya Tidak Ingin Keluar Darinya.
Wahid : Jika Demikian Halnya, Beerti Telah Berakhir Cara Kelembutan Dan Keramahan Dan Akan Berganti Dengan Kekerasan, Pukulan Dan Pembakaran. Kamu Keluar Atau Saya Meminta Pertolongan Kepada Allah Dan Saya Bacakan Ayat-Ayat Al-Quran Kepadamu Hingga Membakarmu, Atau Aku Pukul Kamu?
Ummu Ibrahim : Tidak, Saya Akan Keluar.

Setelah Dua Tiga Minit, Dia Kemudian Berteriak Memanggil-Manggil Dengan Suara Sedih: "Wahai Mahmud! Wahai Mahmud!" Kemudian Keluar. Segala Keutamaan Hanya Milik Allah Semata. Dia Yang Memperkenankan Dan Dia Pula Penunjuk Ke Jalan Yang Benar.

Artikel : Syeikh Wahid Abdus Salam Bali | Kesurupan Jin Cara Dan Pengubatannya Secara Islami




Tok Pulai Chondong : Ulama Sufi Terbilang Kelantan

Posted by KelateLeaks 7:28 AM, under | No comments

Asal Usul
Nama Lengkap Tok Pulai Chondong Ialah Haji Abdus Shamad Bin Haji Abdullah Bin Haji Hasyim, Pulai Chondong Al-Kalantani (Tok Pulai Chondong). Lahir Semasa Pemerintah Long Yunus (1762-1794) Iaitu Pada Tahun 1207 H/1792 M.

Beliau Ialah Saudara Dua Pupu Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani. Haji Hasyim (Datuknya) Berasal Daripada Keturunan Sultan/Sutan Ahmad Minangkabau, Sumatera, Yang Berhijrah Ke Patani Pada Abad Ke-18. Kemungkinan Sebenarnya Ialah Sutan Ahmad Minangkabau. Perkataan ‘Sultan’ Dengan ‘Sutan’ Mengandungi Pengertian Yang Berbeza. Istilah ‘Sutan’ Banyak Digunakan Pada Pangkal Nama Orang-Orang Yang Berasal Dari Minangkabau Walaupun Mereka Tidak Memerintah Dalam Kerajaan.

“Setelah Belajar Di Patani Beliau Menjadi Ulama, Digelar Orang ‘Tok Saraf’ Kerana Pakar Dalam Ilmu Tersebut. Imam Hasyim Mempunyai Tiga Anak Iaitu Faqih Haji Abdullah, Faqih Ali Dan Faqih Deramat. Faqih Haji Abdullah Ialah Ayah Tok Pulai Chondong. Akhirnya Imam Hasyim, Anaknya Faqih Haji Abdullah Dan Wan Mek Pindah Ke Kelantan. Selepas Imam Hasyim Dan Keluarganya Sampai Di Kelantan, Mereka Membuka Perkampungan Yang Dinamakan Kampung Bukit. Imam Hasyim Meninggal Dunia Di Kampung Bukit Itu, Selanjutnya Anak Beliau Faqih Haji Abdullah Dilantik Menjadi Imam Di Situ. Faqih Haji Abdullah Apabila Meninggal Dunia Dikebumikan Di Kampung Pisang, Perol, Kota Bharu.” Demikianlah Diringkaskan Daripada Kertas Kerja Wan Kamal Mujani Dan Zuharyati Yusof.

Pendidikan

Tok Pulai Chondong Setelah Belajar Daripada Ayah Dan Datuknya Sendiri Menurut Pengajian Sistem Tradisional Patani. Beliau Juga Pernah Belajar Di Pondok Pauh Bok, Patani Daripada Syeikh Abdur Rahman Bin Abdul Mubin Al-Fathani. Selanjutnya Pergi Ke Mekah Pada Tahun 1223 H/1808 M. Di Sana Beliau Belajar Kepada Tuan Guru Haji Adam. Riwayat Yang Sahih Ramai Orang Menceritakan Bahawa Tok Pulai Chondong Ialah Murid Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani.

Baik Masih Berada Di Pondok Pauh Bok, Mahupun Setelah Di Mekah, Beliau Bersahabat Dengan Beberapa Orang Antaranya Ialah Syeikh Wan Hasan Bin Wan Ishaq Al-Fathani (Yang Kemudian Dikenali Dengan Nama Tuan Hasan Besut). Juga Saudaranya Syeikh Wan Ali Bin Wan Ishaq Al-Fathani. Sewaktu Belajar Di Mekah, Tok Pulai Chondong Juga Bersahabat Dengan Syeikh Abdul Malik Bin Isa Terengganu, Syeikh Wan Musa Dan Ramai Lagi.

Setelah Menetap Beberapa Tahun Di Mekah, Tok Pulai Chondong Pulang Ke Kelantan. Seterusnya Tok Pulai Chondong Menyebarkan Pengetahuannya Dalam Tiga Cabang Pengetahuan Iaitu Usuluddin, Fiqh Dan Tasawuf. Tidak Berapa Lama Di Kelantan, Tok Pulai Chondong Berangkat Pula Ke Mekah Dalam Tahun 1256 H/1840 M Melanjutkan Pelajarannya Kerana Dirasakan Bahawa Beliau Masih Perlu Belajar Lagi, Bukan Mengajar. Padahal Dalam Penilaian Beberapa Orang Ulama, Tok Pulai Chondong Yang Dalam Bidang Tasawuf Sebenarnya Memang Layak Mengajar Bukan Belajar.

Wan Kamal Mujani Dan Zuharyati Yusof Menulis Bahawa Pada Tahun Tersebut Tok Pulai Chondong Pergi Ke Mesir Menziarahi Makam Imam Syafie Bersama Sahabatnya, Tuan Hasan Besut. Kisah Ini Merupakan Maklumat Baru, Dan Sekali Gus Menggambarkan Persahabatan Yang Sangat Rapat Antara Tok Pulai Chondong Dengan Tuan Hasan Besut Yang Terkenal Itu.

Masih Dalam Konteks Ini, Wan Kamal Mujani Dan Zuharyati Yusof Juga Menulis, “Ada Pendapat Lain Yang Menyatakan Bahawa Tok Pulai Chondong Telah Pergi Ke Mekah Buat Kali Kedua Pada Tahun 1278 H/1861 M Bersama Anaknya Muhammad Arsyad Yang Berusia 13 Tahun. Pada Kali Inilah Beliau Telah Mengambil Peluang Menziarahi Kubur Imam Syafie.”

Aktiviti

Makin Bertambah Banyak Pengetahuannya Di Bidang Tasawuf, Makin Bertambah Kuatlah Tok Pulai Chondong Beramal. Sebenarnya Memang Sejak Kecil Tok Pulai Chondong Ialah Seorang Yang Memang Mempunyai Ciri-Ciri Khusus Tentang Amalan Itu. Pada Masa Tuanya Beliau Terkenal Sebagai Seorang Sufi Yang Warak, Banyak Membaca Pelbagai Wirid Dan Zikir. Zikir Jihar Dan Zikir Sirr Semuanya Beliau Kerjakan Dengan Tekun Sepanjang Siang Dan Malam.

Doa Yang Paling Sering Diamalkannya Ialah Hizb Al-Bahri Yang Sanadnya Bersambung Dengan Pengamalnya Yang Mula-Mula Iaitu Wali Allah Saiyidi Syeikh Abi Hasan Asy-Syazili. Hizb Al-Bahri Telah Beliau Ijazahkan Kepada Beberapa Muridnya Di Mekah.

Antaranya Ialah Orang Arab Bernama Syeikh Ahmad Bin As'ad Ad-Dihan. Syeikh Ahmad Ad-Dihan Mengijazahkan Pula Kepada Syeikh Wan Ali Bin Abdur Rahman Kutan Al-Kalantani. Syeikh Wan Ali Bin Abdur Rahman Kutan Al-Kalantani Menulis Doa Tersebut Dalam Sebuah Kitab Yang Diberi Judul Lum'ah Al-Aurad. Daripada Sini Ia Tersebar Dan Banyaklah Orang Mengamalkan Hizb Al-Bahri Melalui Penerimaan Ijazah Daripada Seorang Guru Ke Seorang Guru Hinggalah Ke Hari Ini.

Aktiviti Tok Pulai Chondong Yang Diserlahkan Oleh Wan Kamal Mujani Dan Zuharyati Yusof Dalam Kertas Kerjanya Antara Lain Termasuk Menjadi Pelopor Kepada Pembangunan Kampung Pulai Chondong Apabila Beliau Membuka Penempatan Baru Yang Tidak Berjauhan Dari Kampung Bukit, Iaitu Kampung Bilal Talib.
Tok Pulai Chondong Mendirikan Sebuah Surau Yang Akhirnya Menjadi Sebuah Tempat Pengajian Sistem Pondok. Mereka Yang Belajar Ilmu Di Situ Datang Dari Pelbagai Pelosok Nusantara Seperti Kampar, Sumatera, Kemboja, Patani, Terengganu, Negeri-Negeri Lain Di Semenanjung Tanah Melayu Sendiri Dan Lain-Lain. Pondok Tok Pulai Chondong Telah Didirikan Oleh Tok Pulai Chondong Pada Tahun 1820.

Berdasarkan Tahun Berdirinya Pondok Itu, Maka Para Sejarawan Malaysia Berkesimpulan Bahawa Pondok Pulai Chondong Merupakan Pondok Terawal Di Kelantan.

Setelah Tok Pulai Chondong Dilantik Menjadi Imam Di Kampung Bukit Dan Berhasil Membuka Kampung Bilal Talib, Tok Pulai Chondong Membina Pula Masjid. Wan Kamal Mujani Dan Zuharyati Yusof Menulis Bahawa “Kebetulan Di Pinggir Kampung Tersebut Terdapat Sebuah Pokok Pulai Yang Besar Lagi Condong Maka Tok Pulai Chondong Mengambil Sempena Keadaan Pokok Itu Lalu Menamakan Perkampungan Tersebut Dan Kawasan Sekitarnya Sebagai Kampung Pulai Chondong."

Walau Bagaimanapun, Masjid Yang Dibina Tersebut Telah Terbakar Pada 1820 M Dan Ia Kemudian Dipindahkan Ke Kampung Surau Iaitu Tempat Terletaknya Masjid Itu Pada Masa Sekarang. Pada Tahun 1856, Masjid Tersebut Sekali Lagi Terbakar Dan Dengan Kerjasama Anak-Anak Mukim Tempatan, Tok Pulai Chondong Mendirikan Sebuah Masjid Lain Di Tepi Sungai Pulai Chondong Yang Terletak Tidak Jauh Dari Tempat Terbakarnya Masjid Tersebut. Masjid Yang Baru Didirikan Ini Kemudiannya Dilengkapkan Dengan Mimbar, Gendang Dan Menara. Sehingga Kini Menara Masjid Pulai Chondong Masih Lagi Merupakan Objek Kemegahan Tempatan Yang Dibina Oleh Tok Pulai Chondong Pada 1856.

Tok Pulai Chondong Juga Dilantik Oleh Sultan Muhammad Ii Sebagai Guru Di Istana Untuk Mengajar Raja Perempuan Tentang Agama Islam. Sumbangan Tok Pulai Chondong Yang Dapat Dilihat Selain Mengasaskan Institusi Pendidikan Dan Pengembangan Syiar Islam Ialah Beliau Juga Berjaya Mengubah Corak Kehidupan Masyarakat Kelantan Ketika Itu Yang Masih Jahil Sehingga Menjadi Masyarakat Yang Berilmu Dan Patuh Terhadap Perintah Allah Dan Rasul-Nya.

Keturunan

Wan Kamal Mujani Dan Zuharyati Yusof Juga Mendokumentasikan Bahawa Tok Pulai Chondong Mempunyai Tiga Orang Adik-Beradik. Mereka Ialah Halimah, Abd. Rahman Dan Tok Pulai Chondong Sendiri. Halimah Iaitu Yang Sulung Kahwin Dengan Orang Kubang Kiat, Kota Bharu Dan Selepas Itu Menetap Di Labok Yang Terletak Kira-Kira 7 Kilometer Dari Pulai Chondong.

Di Antara Tiga Adik Beradik Itu Hanya Tok Pulai Chondong Yang Mewarisi Jejak Langkah Ayah Dan Datuknya Sebagai Ulama. Diriwayatkan Bahawa Tok Pulai Chondong Mempunyai Empat Orang Isteri. Nama-Nama Mereka Ialah Mek Mendusa, Bi'ah, Thamani Dan Zaleha. Tok Pulai Chondong Dikurniakan 16 Anak. Empat Daripadanya Meninggal Dunia Ketika Masih Kecil Manakala 12 Anak Tok Pulai Chondong Terdiri Daripada Sembilan Lelaki Dan Tiga Perempuan Iaitu:
1. Haji Abdul Hamid
2. Haji Abdul Syukur
3. Haji Abdul Aziz
4. Haji Umar
5. Haji Muhammad Said
6. Haji Taib
7. Hajah Siti Mariam
8. Haji Muhammad Arsyad
9. Haji Abdullah
10. Haji Muhammad
11. Hajah Zainab
12. Hajah Ummu Maimunah

Wan Kamal Mujani Dan Zuharyati Yusof Mencatatkan Pula Bahawa Hasil Perkahwinan Tok Pulai Chondong Dengan Thamani Memperoleh Empat Anak Iaitu Haji Taib, Haji Abdul Syukur, Haji Muhammad Arsyad Dan Haji Abdul Aziz. Anak-Anak Tok Pulai Chondong Yang Lain Tidak Dapat Diketahui Daripada Isteri-Isteri Beliau Yang Mana.

Dalam Buku Yang Berjudul Perkembangan Ilmu Tasawuf Dan Tokoh-Tokohnya Di Nusantara Terbitan Al-Ikhlas, Surabaya, 1980, Kisah Tok Pulai Chondong Telah Dibicarakan Secara Ringkas. Selain Itu Riwayat Hidup Tok Pulai Chondong Juga Pernah Dimuatkan Dalam Majalah Pengasuh Terbitan Kota Bharu, Kelantan, Bilangan 45 September 1979/ Syawal 1399. Selain Kedua-Dua Riwayat Tersebut Terdapat Beberapa Penulisan Oleh Para Pengkaji Tentang Ulama Sufi Yang Berasal Dari Pulai Chondong, Kelantan Itu. 

Penulisan Yang Paling Lengkap Dan Terkini Adalah Yang Diusahakan Oleh Wan Kamal Mujani Dan Zuharyati Yusof Dalam Kertas Kerja Berjudul ‘Tok Pulai Chondong: Riwayat Hidup Dan Sumbangan Dalam Pendidikan Islam Di Kelantan’. Kertas Kerja Tersebut Dibentang Dalam Nadwah Ulama Iii Pada 15 Hingga 17 April 2006 Di Kepala Batas, Pulau Pinang. Perlu Juga Sebutkan Di Sini Bahawa Nama Sebenar Tok Pulai Chondong Ialah Abdus Shamad. Terdapat Sekurang-Kurangnya Dua Ulama Terkenal Yang Bernama Demikian Di Kelantan. Yang Seorang Lagi Ialah Abdus Shamad Yang Digelar Orang Dengan Nama ‘Tuan Tabal’.

Selain Gelaran Yang Berbeza Nama Orang Tua Juga Berbeza. Nama Orang Tua Tuan Tabal Ialah Muhammad Salleh Al-Kalantani. Beberapa Orang Yang Bercerita Tentang Kedua-Dua Ulama Tersebut Tidak Dapat Membezakan Antara Kedua-Duanya.

Oleh: Wan Mohd. Shaghir Abdullah (Allahyarham)


22 January 2011

Iklan Kekosongan Jawatan Maik

Posted by KelateLeaks 11:57 AM, under | No comments

Permohonan Adalah Di Pelawa Daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan Kepada Peranakan Negeri Kelantan) Yang Berkelayakan Untuk Mengisi Jawatan Di Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan [Maik].

Senarai Kekosongan Jawatan :
• Editor Pengasuh, S41
• Penolong Juruaudit, W27
• Penolong Pegawai Tadbir, N27
• Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, F29
• Penolong Pegawai Penerbitan, S27
• Juruteknik Komputer, FT17
• Juruteknik Landskap, J17
• Pembantu Tadbir (P/O), N17

Cara Memohon

Permohonan Hendaklah Menggunakan Borang Permohonan Jawatan (Mui)Kn, 1/93 Dengan Mengemukakan Sampul Surat Berukuran 10sm X 23 Sm Yang Beralamat Sendiri Serta Berstem 60 Sen Atau Mengambil Sendiri Di Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,Tingkat 1, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Permohonan Dari Pegawai Sedang Berkhidmat Hendaklah Dibuat Melalui Ketua Jabatan Berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2010 / Terkini Dan Kenyataan Perkhidmatan Yang Kemaskini.

Salinan Sah Sijil-Sijil Persekolahan, Kad Pengenalan, Surat Beranak Serta Surat Berkaitan Bersama Gambar Berukuran Passport Dan Sampul Berstem Yang Beralamat Sendiri Hendaklah Dikembarkan Bersama Borang Permohonan.

Permohonan Yang Tidak Mengikut Peraturan Dan Lewat Diterima Tidak Akan Dilayan.

Permohonan Hendaklah Sampai Ke Alamat Berikut:

Yabhg. Dato’ Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Balai Islam, Lundang,
15200 Kota Bharu.

Sebelum Atau Pada : 31 Januari 2011

21 January 2011

Kptm Sasar Setiap Negeri Satu Kampus

Posted by KelateLeaks 11:24 AM, under | No comments


Kolej Poly-Tech Mara (Kptm) Meletakkan Sasaran Untuk Membuka Satu Kampus Di Setiap Negeri Menjelang Tahun 2015.

Pengerusi Kptm, Datuk Sohaimi Shahadan Berkata, Pembukaan Kampus-Kampus Tersebut Termasuk Di Kawasan Luar Dan Pinggir Bandar Dilihat Mampu Merancakkan Kegiatan Ekonomi Setempat.

"Sasaran Tersebut Turut Merupakan Sebuah Perancangan Jangka Panjang Kptm Dalam Memantapkan Pusat Pengajian Kami Seiring Dengan Matlamat Untuk Menjadi Peneraju Pendidikan Bertaraf Dunia. Ketika Ini, Kptm Sudah Pun Mempunyai Lapan Cawangan Iaitu Di Ipoh, Kuala Lumpur, Bangi, Kuantan, Kota Bharu, Alor Setar, Batu Pahat Dan Semporna, Sabah," Katanya.




Siaran Langsung Kuliah Pagi Jumaat Di Medan Ilmu

Posted by KelateLeaks 8:55 AM, under | No comments

Mari Kita Sama-Sama Mengikuti Siaran Langsung Kuliah Jumaat Di Medan Ilmu, Kota Bharu, Kelantan Bermula Seawal Jam 8.30 Pagi Setiap Jumaat. Live Streaming | Senarai Arkib Video Sebelum Ini

20 January 2011

Rm1.6b Majukan Peneroka Felda

Posted by KelateLeaks 9:00 AM, under | No comments

Datuk Seri Najib Tun Razak Mengumumkan Peruntukan Rm1.6 Bilion Bagi Memajukan Masyarakat Felda Di Seluruh Negara Untuk Tahun 2011. Perdana Menteri Juga Turut Mengumumkan Peruntukan Rm8.5 Juta Daripada Felda Untuk Program Pembangunan Prasarana 500 Buah Lot Yang Akan Diberi Kepada Generasi Kedua Felda.

“Ini Bukanlah Angan-Angan Yang Direka Ataupun Janji Yang Tidak Berpijak Di Bumi Nyata (Seperti) Yang Mutakhir Ini, Mudah Diluahkan Parti Pembangkang. Ini Adalah Satu Rekod Pencapaian Yang Luar Biasa Yang Telah Diperjuangkan Dan Hasilnya Dapat Dilihat Hari Ini. Kejayaannya (Felda) Mengubah Keadaan Hidup Masyarakat Yang Bertuah Kerana Terpilih Menjadi Peneroka Felda Dan Bertuah Kerana Bernaung Di Bawah Kerajaan Kita, Kerajaan Barisan Nasional (Bn),” Katanya.

Katanya, Felda Telah Melalui Proses Transformasi Yang Agresif Sehingga Menjadi Satu Gagasan Yang Mampu Mengubah Landskap Sosioekonomi Negara, Terutama Bagi Penduduk Luar Bandar, Secara Tuntas Dan Berkesan.

Najib Berkata Dengan Pendapatan Masyarakat Felda Hari Ini Melebihi Rm3,000 Ia Membuktikan Mereka Bukan Lagi Merupakan Golongan Yang Terletak Di Bawah 40 Peratus Masyarakat Berpendapatan Rendah, Sebaliknya Kini Sudah Berstatus Berpendapatan Sederhana.

“Bila Saya Dapat Gambaran Bahawa Pendapatan Melebihi Rm3,000 Oleh Setiap Peneroka, Apa Signifikannya, Pertama, Bila Kita Buat Model Baru Ekonomi, Kita Kata Mengikut Taksiran Pendapatan Negara, Mereka Yang Berpendapatan Rendah Terdiri Daripada Mereka Yang Berpendapatan Rm2,300 Sebulan, Itu Perkiraan Purata Pendapatan Rakyat Negara Kita. Bila Saya Dapat Tahu Peneroka Felda Di Sini Dan Seluruh Negara Dapat Pendapatan Rm3,000 Lebih Sebulan Bererti Mereka Tidak Lagi Tergolong Dalam Kategori 40 Peratus Rakyat Yang Mendapat Pendapatan Rendah. Felda Hari Ini Secara Rasminya Menjadi Golongan Berpendapatan Pertengahan Dalam Negara Kita,” Katanya.



Kelantan Benarkan Arak Dan Haramkan Judi

Posted by KelateLeaks 8:56 AM, under | No comments

Kerajaan Negeri Sedia Membenarkan Premis Menjual Minuman Keras Dan Menambah Pengeluaran Lesen Premis Berdasarkan Permintaan Pelanggan Bukan Islam Di Negeri Ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan Berkata, Kerajaan Negeri Tidak Pernah Menyekat Orang Bukan Beragama Islam Menikmati Minuman Keras.

“Ini Membuktikan, Walaupun Mengamalkan Dasar Pentadbiran Islam, Kerajaan Negeri Tidak Pernah Menghalang Orang Bukan Islam Menikmati Minuman Keras. Kita Juga Bersedia Menambah Pengeluaran Lesen Premis Minuman Keras Dan Akan Mengkaji Permohonan Itu Sebelum Mengeluarkan Lesen Berkenaan Berdasarkan Formula Yang Ditetapkan,” Katanya.

Takiyuddin Berkata, Di Sekitar Bandar Kota Bharu Sahaja, Kerajaan Negeri Sudah Mengeluarkan Sebanyak 28 Lesen Premis Minuman Keras.

Beliau Berkata, Pihaknya Mengharamkan Judi Di Negeri Ini Kerana Perbuatan Itu (Judi) Tidak Beri Apa-Apa Faedah Kepada Orang Islam Dan Bukan Islam. Menurutnya, Bagi Masalah Judi, Kerajaan Negeri Tidak Akan Bertolak Ansur Memandangkan Sebelum Ini Pihaknya Pernah Mengadakan Dialog Pada 1990 Dahulu Melibatkan Kaum Wanita.

“Menyedari Pada Peringkat Awal Semasa Peraturan Mula-Mula Dibuat, Kerajaan Pas Menyatakan Ketetapan Untuk Mengharamkan Premis Judi, Wanita Bukan Islam Turut Setuju Dengan Cadangan Berkenaan. Kita Mendapat Maklum Balas Semasa Dialog Itu, Semua (Wanita Bukan Islam) Bersetuju Dengan Pengharaman Judi Memandangkan Ada Di Kalangan Suami Yang Kalah Judi Memukul Isteri,” Katanya.



Uum Tuan Rumah Ffvpm 2011

Posted by KelateLeaks 8:50 AM, under | No comments

Bersesuaian Dengan Penubuhannya, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Turut Membantu Pembangunan Bakat Muda Yang Memilih Bidang Perfileman Sebagai Kerjaya Pilihan.

Sejak 2003 Finas Menyokong Penganjuran Festival Filem Video Pelajar Malaysia (Ffvpm) Yang Bermatlamat Memastikan Kesinambungan Bakat Seni Dan Daya Kreatif Pada Pengkarya Muda Khususnya Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Tempatan (Ipt).

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Finas, Fatimah Ahmad, Setiap Tahun Sebuah Ipt Menjadi Tuan Rumah Dimana Tahun 2010 Universiti Malaysia Perlis (Unimap) Terpilih.

Tahun 2011, Giliran Universiti Utara Malaysia (Uum) Pula Sebagai Tuan Rumah Ffvpm Ke-8.

“Uum Menjadi Tuan Rumah Pada 3 Hingga 6 Mac Ini. Bagi Memastikan Kelancaran Festival Ini Kami Mengalu-Alukan Penyertaan Dari Institut Pengajian Tinggi Awam Dan Swasta Yang Berminat Bertanding. Tarikh Akhir Untuk Penyertaan Pada 15 Februari Dan Setiap Penyertaan Mestilah Dibuat Menerusi Ipta/S Masing-Masing.

“Sebanyak Tujuh Ipta/S Pernah Menjadi Tuan Rumah Sebelum Ini. Semua Ipt Sudah Ada Jurusan Perfileman Dan Kami Menyokong Festival Ini Yang Bermatlamat Menggilap Bakat Baru Dunia Perfileman Yang Bakal Mengganti Karyawan Seni Sedia Ada. Hasil Daripada Festival Ini Dapat Dilihat Dengan Kemunculan Pelakon Berbakat Seperti Farid Kamil, Iqram Dinzly Dan Cut Mutia,” Katanya Pada Sidang Media Baru-Baru Ini.

Tambah Fatimah, Finas Mengiktiraf Hasil Kerja Pelajar Agar Mereka Lebih Kreatif Dalam Berkarya Dan Kemuncaknya Mereka Diberi Penghargaan Dalam Bentuk Anugerah. Selain Itu Ia Juga Memberi Peluang Golongan Ini Berkongsi Idea Secara Terus Dengan Penggiat Filem Tanahair.

“Di Samping Hasilkan Karya Berkualiti, Kami Juga Mahu Mereka Kembangkan Bakat Selaras Dengan Hasrat Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim Untuk Bangunkan Industri Perfileman Tempatan. Ffvpm8 Yang Bertema Cendekia Senima Ke Persada Dunia Ini Hanya Dibuka Kepada Ipt Di Malaysia Dan Penyertaan Tidak Dihadkan Jumlahnya Kepada Mana-Mana Ipta/S,” Katanya.

Fatimah Juga Menyampaikan Wang Sebanyak Rm100,000 Daripada Finas Bagi Menjayakan Festival Ini. Sebanyak Lapan Kategori Hadiah Utama Dipertandingkan Iaitu Kategori Filem/ Video Terbaik Keseluruhan Yang Menawarkan Hadiah Berbentuk Trofi, Wang Tunai Rm1,500 Berserta Sijil Dan Kategori Anugerah Khas Juri (3 Pemenang) Yang Menawarkan Trofi Berserta Sijil.

Kategori Lain Yang Dipertandingkan, Kategori Filem/ Video Pendek, Kategori Filem/ Video Dokumentari, Kategori Filem/ Video Iklan, Kategori Filem/ Video Animasi, Kategori Filem/ Pengumuman Khidmat Awam Dan Kategori Klip Video Terbaik, Menawarkan Hadiah Berbentuk Trofi, Wang Tunai Rm1000 Dan Sijil.

Hadiah Iringan Sebanyak 9 Kategori Iaitu Anugerah Pengarah Harapan, Anugerah Penyunting Terbaik, Anugerah Penataan Seni Terbaik, Anugerah Penataan Bunyi Terbaik, Anugerah Skrip Terbaik, Anugerah Kostum Terbaik, Anugerah Sinematografi Terbaik, Anugerah Muzik Terbaik Dan Anugerah Grafik Terbaik Turut Di Perkenalkan Yang Menawarkan Hadiah Trofi, Wang Tunai Rm500 Dan Sijil.

Sementara Itu, Pensyarah Kolej Sastera Dan Sains, Lt Norhissam Sulaiman Selaku Jawatankuasa Aktiviti Festival Berkata, Pelbagai Agenda Sudah Diatur Oleh Uum Bagi Menjadikan Acara Ini Meriah Dan Bermanfaat Kepada Pelajar Yang Terbabit.

“Acara Pada 3 Mac Akan Diisi Dengan Seminar Yang Membabitkan Pelajar Bidang Media Dan Perfileman. Kami Akan Ketengahkan Kertas Kerja Sebagai Bahan Pembentangan. Tayangan Filem Terpilih Turut Diadakan Pada Malamnya. Acara Hari Kedua Akan Diisi Dengan Preview Hasil Karya Pelajar Yang Bertanding Dan Forum Mengenai Filem Malaysia Pada Sebelah Malamnya. Hari Ketiga Akan Diisi Dengan Konvensyen Seniman Yang Dipengerusi Oleh Speaker Dari Indonesia Yang Turut Menampilkan Penggiat Seni Terkenal Tanah Air Dan Malamnya Akan Diadakan Penutup Dan Penyampaian Anugerah Ffvpm8 Yang Akan Dihadiri Oleh Dr Rais. Penganjuran Acara Ini Mirip Festival Filem Malaysia Dan Juri Yang Terbabit Terdiri Daripada Penggiat Seni Dan Pensyarah Akademik. Uum Sebenarnya Sudah Ada Kursus Perfileman Dan Penyiaran Dan Kami Jadi Tuan Rumah Kerana Nak Mempromosi Program Ini Yang Baru Tiga Tahun Diperkenalkan. Sebelum Ini Kami Sudah Bekerjasama Dengan Finas Antaranya Dalam Kursus Penulisan Skrip Dan Penganjuran Ffvpm8 Adalah Kemuncak Kepada Kerjasama Kami. Ini Sejajar Dengan Matlamat Uum Yang Berhasrat Jadi Universiti Bertaraf Penyelidikan Pada 2013 Dan Universiti Bertaraf Antarabangsa Pada 2015,” Katanya.



Tanaman Vanila Semakin Diusahakan

Posted by KelateLeaks 8:30 AM, under | No comments

Secara Umumnya Apabila Berbicara Mengenai Vanila, Ramai Yang Membayangkan Kesedapan Dan Aroma Perasa Itu Apabila Dicampurkan Ke Dalam Kek, Ais Krim, Roti Atau Minuman Karbonat.

Namun, Tidak Ramai Yang Tahu Bagaimana Vanila Dihasilkan. Malah, Ramai Juga Yang Tidak Mengenali Dari Segi Rupanya, Bagaimana Untuk Mendapatkannya Dan Dari Negara Mana Ia Berasal.

Dari Sudut Sejarah, Vanila Ialah Sejenis Tumbuhan Liar Yang Ditemui Di Amerika Selatan. Ia Telah Digunakan Oleh Kaum Asli Mexico Sebagai Penyedap Tembakau Sejak Berkurun Yang Lalu.

Pada 1721, Vanila Dibawa Ke Eropah Oleh Orang Sepanyol Sebelum Dibawa Oleh Penjajah Belanda Ke Bogor, Indonesia Pada 1819. Sejak 1850, Vanila Mula Ditanam Secara Komersial Di Indonesia Apabila Ia Telah Berjaya Didebungakan. Sejak Itu, Ia Semakin Digemari Kerana Keaslian Aroma Dan Perisa Aslinya.

Meskipun Terdapat Vanila Sintetik Yang Dikenali Sebagai Vanilin, Namun Bahan Sebatian Itu Dari Segi Kualitinya Dikatakan Kurang Setanding Dengan Vanila Asli.

Kini, Tanaman Vanila Diperkenalkan Di Malaysia Selepas Mendapati Cuaca Dan Persekitaran Negara Ini Sangat Berpotensi Untuk Tanaman Pokok Vanila. Potensi Tanaman Vanila Sangat Baik Memandangkan Sehingga Kini Dunia Hanya Menggunakan Tiga Peratus Sahaja Vanila Asli Manakala Selebihnya Masih Menggunakan Vanila Sintetik.

Perkembangan Sihat Berhubung Tanaman Vanila Turut Mendapat Sambutan Di Kalangan Petani Di Pahang.
Di Negeri Ini, Terdapat Beberapa Petani Yang Mula Menunjukkan Minat Untuk Menanam Vanila Secara Komersial.

Menurut Pengusaha Tanaman Vanilla, Mohd. Feisal Norawi, 29, Menanam Vanilla Sangat Mudah Diusahakan Kerana Ia Tidak Terlalu Cerewet. Memandangkan Harga Di Pasaran Masa Kini Di Sekitar Rm300 Sekilogram Jika Dijual Kering Dan Rm40 Sekilogram Jika Dijual Basah, Tanaman Itu Dijangka Berpotensi Menjadi Komoditi Ketiga Selepas Kelapa Sawit Dan Getah.

Dia Yang Mengusahakan Secara Sambilan Membantu Rakan Kongsinya Menganggap Vanila Mampu Memberi Pulangan Lumayan Kepada Pengusaha Walaupun Hasilnya Dituai Sekali Dalam Setahun.
Mohd. Feisal Yang Mula Menanam Vanila Pada Awal Tahun Lalu Memberitahu, Vanila Akan Mula Berbuah Selepas Tiga Tahun Ditanam.

''Ia Memerlukan Tujuh Bulan Untuk Buah Itu Masak Sebelum Boleh Dituai. Tanaman Vanila Memerlukan Naungan Dan Ia Sejenis Tumbuhan Memanjat. Sebelum Ditanam, Seelok-Eloknya Pokok Lain Turut Ditanam Yang Bertindak Sebagai Pokok Induk Untuk Dipanjat," Katanya.

Mohd. Feisal Mengeluarkan Modal Sekitar Rm25,000 Bagi Menjayakan Tanaman Vanila Yang Diharap Dapat Membuka Minda Golongan Muda Supaya Terlibat Dengan Tanaman Baru Dan Tidak Hanya Tertumpu Kepada Getah Dan Kelapa Sawit Semata-Mata. Apa Yang Menarik Minatnya Menanam Vanila Jelasnya, Ialah Kerana Ia Tidak Memerlukan Kawasan Luas, Cukup Kira-Kira 0.2 Hektar Bagi 2,000 Pokok.
Menurutnya, Sebatang Pokok Vanila Mampu Mengeluarkan Kira-Kira 1.6 Kilogram Buah Vanila Basah. Sehingga Kini, Dia Telah Menanam 800 Pokok Vanila Yang Dijangka Mengeluarkan Hasil Pada Tahun Depan.

Sementara Itu, Rakan Kongsinya, Ikmal Ab. Rahman, 31, Pula Berkata, Setakat Ini, Masih Ramai Penduduk Tempatan Tidak Mengetahui Mengenai Projek Tanaman Vanila Yang Diusahakannya. Menurutnya, Kebanyakan Yang Datang Melawat Ialah Pengunjung Luar Yang Berhasrat Untuk Mempelajari Teknik Menyemai Benih Dan Menanam Di Ladang.

''Buah Vanila Basah Yang Dihasilkan Nanti Akan Dikeringkan Dengan Kaedah Tersendiri Sebelum Dijual Secara Kering," Jelasnya.

Selain Dua Sahabat Karib Itu, Tanaman Vanila Turut Diusahakan Oleh Seorang Bekas Guru, Ishak Musa, 84, Di Kampung Pamah Kulat, Raub Yang Dimulakan Sejak 2004. Sehingga Kini, Dia Mempunyai Kira-Kira 1,000 Pokok Vanila Dan Sebahagiannya Telah Mengeluarkan Hasil. Ishak Antara Individu Awal Menceburkan Diri Dalam Tanaman Vanila Di Pahang Dan Kini Menjadi Rujukan Banyak Pihak Di Negeri Ini Dalam Menghasilkan Tanaman Vanila.

Kini, Ketiga-Tiga Pengusaha Vanila Terbabit Bergabung Tenaga Dalam Mencipta Kejayaan Menghasilkan Tanaman Komoditi Baru Untuk Diketengahkan Kepada Masyarakat. Apa Yang Lebih Meyakinkan, Mereka Telah Bertemu Dan Bekerjasama Dengan Ketua Pegawai Operasi Syarikat Ekstrak Tulen Sdn. Bhd., Dr. Anuar Omar Yang Memiliki Mesin Untuk Menghasilkan Vanila Ekstrak Untuk Dijual Di Pasaran Global.

Menurut Ishak, Dengan Bantuan Anuar Yang Bersetuju Membeli Hasilnya Dengan Harga Semasa, Dia Yakin Potensi Tanaman Vanila Untuk Dipasarkan Secara Ekstrak Akan Lebih Luas Dan Lebih Ramai Yang Akan Berminat Untuk Menceburkan Diri.

Anuar Ketika Ditemui Di Pejabatnya Di Bentong Baru-Baru Ini Memberitahu, Teknologi Terkini Menghasilkan Ekstrak Vanila Ialah Dengan Menggunakan Kaedah Supercritical Fluid Extractor (Sfe). Menurutnya, Sfe Digunakan Untuk Pengekstrakan Bahan-Bahan Vanila Daripada Buah Vanila Yang Telah Dikeringkan Dan Dikisar Menjadi Serbuk.

''Teknologi Sfe Membabitkan Penggunaan Tekanan Udara Yang Tinggi Dan Suhu Yang Rendah Untuk Mencapai Satu Tahap Lampau Genting, Apabila Pada Tahap Ini, Pepejal Dan Cecair Bertukar Bentuk Tanpa Dapat Dikenali Bentuk Asalnya. Cara Pengekstrakan Ini Boleh Menghasilkan Ekstrak Vanila Yang Tulen Serta Bebas Daripada Kandungan Pelarut Sebagaimana Kaedah Pengekstrakan Biasa Yang Umumnya Menggunakan Bahan Pelarut Seperti Etanol Atau Pelarut Hidrokarbon Yang Lain," Jelasnya.

Menurut Anuar, Kaedah Sfe Juga Dapat Mengekalkan Keaslian Bahan Yang Diekstrak. Beliau Turut Mengalukan-Alukan Petani Melibatkan Diri Dalam Projek Tanaman Vanila Yang Diyakini Paling Berjaya Sedikit Masa Lagi.

''Teknologi Dan Kelengkapan Terkini Sudah Ada Dan Hanya Menunggu Hasil Yang Banyak Daripada Pengusaha," Katanya.

Sesiapa Yang Berminat Untuk Menceburkan Diri Dalam Tanaman Vanila Boleh Berhubung Dengan Ishak Di Talian 09- 2971172 Atau 019-6135072.


Durian Belanda Boleh Di Buat Jus

Posted by KelateLeaks 8:15 AM, under | No comments

Nama Botani Bagi Durian Belanda Ialah Annona Muricata L. Dan Ia Tergolong Dalam Keluarga Annonaceae.

Pengeluaran Buah Durian Belanda Banyak Bergantung Kepada Keadaan Cuaca Semasa, Penjagaan Anak Pokok Teratur Dan Sempurna, Pendebungaan Berbantu Serta Kesuburan Tanah Yang Baik. Dengan Pengurusan Tanaman Yang Baik, Pokok Durian Belanda Boleh Tumbuh Dan Membesar Dengan Cepat Serta Dapat Mengeluarkan Buah Secara Optimum.
Secara Umumnya, Buah Durian Belanda Mempunyai Saiz Yang Sederhana Besar, Kulitnya Berduri Lembut, Isi Buah Berwarna Putih Dan Mempunyai Rasa Masam-Masam Manis. Buah Durian Belanda Biasanya Dimakan Segar Dan Boleh Diproses Untuk Dijadikan Jus.
Bagi Penanaman Di Ladang, Jarak Tanaman Yang Disyorkan Ialah 6 Meter X 6 Meter Dengan Menggunakan Sistem Segi Empat Sama. Bilangan Pokok Yang Boleh Ditanam Untuk Keluasan Sehektar Ialah 277 Pokok. Pokok Durian Belanda Boleh Dibiak Dengan Menggunakan Biji Benih Atau Pembiakan Secara Seks Dan Kaedah Pembiakan Tut Atau Pembiakan Secara Aseks.

Jenis Tanah Yang Sesuai Untuk Penanaman Pokok Durian Belanda Ialah Tanah Jenis Lom Liat Berpasir.
Selain Itu, Mempunyai Saliran Yang Baik, Keasidan Tanah Dengan Ph Di Antara Lima Hingga Tujuh Serta Kawasan Yang Tidak Mempunyai Naungan.

Pokok Durian Belanda Mula Mengeluarkan Buah Pada Umur Empat Tahun Dan Ia Banyak Bergantung Kepada Tahap Kesuburan Tanah Dan Penjagaan Yang Teratur Serta Sempurna.



Jentuai Crop Tiger Mudahkan Pesawah

Posted by KelateLeaks 7:50 AM, under | No comments

Banyak Kaedah Dan Teknologi Baru Yang Dapat Membantu Pesawah Melaksanakan Projek Pertanian Mereka Supaya Berdaya Saing Dan Lebih Menguntungkan. Dalam Subsektor Pertanian Sebagai Contoh, Kaedah Pembajakan, Penanaman Benih Dan Penuaian Antara Yang Dititikberatkan Supaya Mendapat Manfaat Daripada Penggunaan Teknologi Moden. Maka, Semakin Banyak Teknologi Diperkenalkan Untuk Tujuan Tersebut Antaranya Penggunaan Jentuai Berteknologi Moden.

Terbaru, Dua Syarikat Iaitu Prevalent Success Sdn. Bhd. Dan Claas Telah Bekerjasama Melancarkan Pemasaran Jentuai Terkini Siri Crop Tiger Yang Sesuai Digunakan Di Negara Ini.

Pengurus Eksport Kawasan Asia Untuk Claas, Jan-Klaus Tobias, Berkata Peralatan Pertanian Yang Berkualiti Dan Efisien Adalah Kunci Meningkatkan Hasil Tanaman Bagi Mencapai Wawasan Negara Bagi Mengeluarkan Sumber Makanan Mencukupi. Claas Menyediakan Jentera Tuai Dari Model Terkecil Sehingga Terbesar Seperti Siri Lexion Yang Berupaya Menuai 60 Tan Bijirin Dalam Masa Satu Jam. 

"Menerusi Pengalaman Pertanian Yang Diperolehi Dari Seluruh Dunia, Claas Mampu Menyediakan Penyelesaian Bagi Masalah Pertanian Yang Dihadapi Oleh Para Petani Dan Kontraktor Tuai Padi Negara Ini," Katanya.

Sementara Itu, Pengarah Urusan Prevalent Success, Amran Abdullah Iaitu Rakan Pengedar Claas Di Negara Ini, Melihat Peluang Besar Bagi Jentera Tani Moden Di Sini. 

"Produk Claas Memenuhi Semua Keperluan Ladang Bersaiz Kecil, Sederhana Dan Besar. Contohnya Jentera Tuai Siri Crop Tiger Yang Telah Dijual Di India Adalah Jentera Yang Ringan Dan Serbaguna Serta Mampu Meningkatkan Produktiviti Dan Mutu Padi Para Petani," Katanya. 

Jentera Yang Menggunakan Trek Besar Berasaskan Getah, Rangka Yang Stabil Dan Kukuh Dan Hydrostatic Ground Drive Membolehkannya Berfungsi Dalam Keadaan Tanah Dan Penuaian Yang Paling Sukar. Tobias Menjelaskan Jentuai Claas Siri Crop Tiger' Adalah Istimewa Kerana Sistem Pembanting (Threshing System) Yang Menggunakan Kaedah Tangential-Axial Flow (Taf).

Kaedah Tersebut Membolehkan Setiap Bijirin Padi Digugurkan Dengan Sempurna Daripada Tangkainya Tanpa Dipukul Kuat Oleh Dram Pembanting Sebagaimana Terjadi Dalam Jentuai Konvensional. Oleh Itu, Teknologi Taf Mampu Mengurangkan Jumlah Padi Yang Pecah Seterusnya Tiada Kerugian Ketika Menuai.



18 January 2011

Penguasaan Wanita Dalam Perkhidmatan Awam

Posted by KelateLeaks 5:29 PM, under | No comments

Sama Anda Sedari Atau Pun Tidak, Hakikat Penguasaan Wanita Di Akhir Zaman Ini Amat Ketara Dalam Apa Jua Aspek. Lihat Saja Di Ipta Dan Ipts Pada Hari Ini, Semuanya Dikuasai Oleh Wanita. Jumlah Wanita Yang Ramai Menyebabkan Persaingan Yang Tinggi Antara Lelaki Dan Wanita. Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dan Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Melaporkan Kebimbangan Berikutan Bertambahnya Bilangan Penjawat Awam Wanita Dalam Sektor Perkhidmatan Awam. Hampir 3/4 Bahagian Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Telah Diisi Oleh Wanita.

Bahkan Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam Nisbah Guru Lelaki Dan Wanita Sekarang Adalah 30:70, Menunjukkan Bahawa Begitu Ramai Golongan Wanita Mendapat Tempat Sebagi Guru.

Memandang Situasi Ini, Adakah Wanita Berupaya Mentadbir Organisasi Dengan Baik Untuk Kemajuan Dan Kestabilan Di Masa Akan Datang? Inilah Sebahagian Isu Yang Dibimbangkan Oleh Cuepacs Jika Pertambahan Ini Akan Meningkat Lagi Pada Masa Akan Datang, Terutama Dalam Peringkat Pembuat Keputusan. Jika Sektor Perkhidmatan Awam Dikuasai Wanita Lama Kelamaan Peringkat Ini Juga Akan Diambil Alih Oleh Pihak Wanita.

Dari Pemikiran Saya Penguasaan Wanita Di Sektor Ini Mempunyai Pro Dan Kontra, Positif Dan Negatif Juga. Namun Keupayaan Kepimpinan Wanita Juga Tidak Boleh Dipertikaikan Juga. Jumlah Wanita Yang Ramai Dalam Dunia Pastinya Akan Mewujudkan Persaingan Besar Dengan Golongan Lelaki Pada Hari Ini.



Luahan Hati Seorang Guru Gstt

Posted by KelateLeaks 5:23 PM, under | 3 comments

Memang Dikatakan Guru Adalah Kerjaya Professional. Malah Apa Yang Saya Boleh Lihat Ada Dalam Kalangan Guru Yang Tidak Bertanggungjawab. Saya Juga Ingin Meluahkan Perasaan Saya.

Saya Pernah Menjadi Seorang Guru Ganti Dalam Tempoh Satu 1/2 Tahun Di Sebuah Sekolah Rendah. Dalam Perkhidmatan Saya Di Sekolah Ini, Saya Pernah Merayu Menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih.Tetapi Akhirnya,Saya Tidak Berjaya.Ini Disebabkan Negeri Kami Tidak Mempunyai Peruntukan Untuk Mengupah Guru Sandaran Tidak Terlatih..Soalan Saya Mengapakah Negeri Lain Boleh Mendapat Peruntukan Dari Kerajaan Untuk Mengupah Guru Sandaran Tidak Terlatih Dengan Sesuka Hati?

Selain Itu, Saya Juga Tidak Berasa Kecewa, Apabila Negeri Mendapat Peruntukan Untuk Mengupah Guru Sandaran Tidak Terlatih, Saya Tidak Dikatakan Tidak Layak Untuk Memohon Disebabkan Saya Tidak Memperolehi Matapelajaran Cina Diperingkat Spm. Memohon Menjadi Seorang Guru Sandaran Tidak Terlatih Mesti Mencapai Kelulusan Bahasa Melayu Dan Cina Dan Subject Tiga Yang Lain Lagi.Saya Berasa Amat Kecewa.

Soalan Lazimnya

1. Mengapakah Guru Yang Lain Diberi Peluang? Dalam Kalangan Mereka Ada Yang Juga Tidak Mencapai Kelulusan Bahasa Melayu,Tetapi Mereka Layak Menjadi Guru Dan Menjalani Latihan Perguruan Di Institusi Tertentu?
2. Mengapakah Kami Hanya Kekurangan Bahasa Cina Tidak Layak Memohon Dan Menjadi Seorang Guru Sandaran Tidak Terlatih?
3. Mengapakah Kami Tidak Mendapat Peluang Untuk Memohon Untuk Menjadi Seorang Guru Sandaran Tidak Terlatih Sedangkan Khusus Latihan Perguruan Tahun Ini Menawarkan Khusus Dalam Cuti Opsyen Bahasa Melayu Dan Cina?
4. Berbanding Kami Yang Tidak Mempunyai Subject Cina Di Perigkat Spm Berbanding Guru Yang Langsung Tidak Mengetahui Cina Di Sekolah? Mengapakah Kami Tidak Diberi Peluang? Sedangkan Kami Mengetahui Dan Boleh Bertulis Dalam Bahasa Cina?
5. Jika, Kami Tidak Layak Menjadi Guru? Mengapakah Jabatan Pelajaran Mengupah Kami Sebagai Guru Ganti Sememtara? Sedangkan Kami Tidak Mempunyai Bahasa Cina?
6. Apabila Kami Hendak Memohon Menjadi Seorang Guru Sandaran Tidak Terlatih, Kami Dikatatan Tidak Layak Kerana Kekurangan Matapelajaran Cina? Kami Boleh Bertutur Dan Menulis Dalam Bahasa Cina, Tetapi Kami Tidak Berpeluang? Guru Yang Langsung Tidak Dapat Berucap Dan Menulis Dalam Bahasa Cina Masih Dapat Mengajar Di Sekolah?
7. Apabila Kekurangan Guru, Kami Diminta Untuk Menjadi Seorang Guru Penganti .Pada Ketika Itu,Kami Juga Tidak Memperolehi Bahasa Cina? Kenapa Kami Ditawarkan Menjadi Guru Ganti? Sedangkan Kami Ingin Memohon Guru Sandaran Tidak Terlatih Dikatakan Layak Kerana Kekurangan Bahasa Cina?
8. Dalam Tempoh Saya Bertugas, Saya Menjalani Tugasan Saya Penuh Bertanggungjawab Supaya Dapat Peluang Untuk Memohon Guru Sandaran Tidak Terlatih Pada Masa Yang Akan Datang.Tetapi Saya Tidak Diberi Peluang. Apa Yang Boleh Saya Lihat Dalam Tempoh Perkhidmatan, Terdapat Guru Yang Malas, Tidak Bertanggungjwab, Tidak Menjalani Tugasan Sempurna, Tetapi Mereka Diberi Banyak Peluang Untuk Mengubah Tabiat Mereka, Tetapi Mereka Langsung Tidak Pernah Mengubah Perangai Mereka. Adakah Ini Adil Bagi Kami? Sedangkan Kami Hanya Ingin Memohon Guru Sandaran Tidak Terlatih? Kekurangan Bahasa Cina, Tidak Diberi Peluang? Mereka Guru Yang Tidak Bertanggungjawab Masih Diberi Peluang?
9. Dalam Perkhidmatan Saya, Saya Menjalani Tugas Saya Dengan Sempurna Dan Bertanggungjawab. Tetapi Kami Diberi Gaji Selepas Satu Tahun Kemudian, Peruntunkan Gaji Kami Hendak Menunggu Selama Satu Tahun. Saya Berasa Kecewa, Guru Yang Tidak Bertanggungjwab Dibayar Gaji Tiap Tiap Bulan. Guru Ganti Hendak Menunggu Gaji Melebihi Satu Tahun? Adakah Adil Bagi Kami? Sedangkan Kami Memberi Sumbagan Tenaga Waktu Kekurangan Guru Di Sekolah.Kami Juga Memerlukan Wang Untuk Menjani Kehidupan Seharian.Sebagai Rakyat Biasa Mereka Juga Dapat Gaji Mereka Selepas Bertugas Sebulan. Tetapi Kami Hendak Menunggu Hingga Setahun? Adakah Kami Tidak Memerlukan Wang Untuk Menjalani Kehidupan Seharian?

Saya Amat Kecewa.



Pendidik Cemerlang Menurut Perspektif Islam

Posted by KelateLeaks 5:02 PM, under | No comments

Mukadimah

Para Nabi A.S Adalah Seafdal-Afdal Makhluk Di Sisi Allah S.W.T Dan Diikuti Oleh Ulama’ (Ahli Ilmu) Kerana Ulama’ Itu Ialah Pewaris Para Nabi. Para Nabi A.S Tidak Mewariskan Mereka Dengan Dinar Atau Dirham Akan Tetapi Dengan Ilmu. Rasulullah S.A.W Adalah Pendidik Yang Teragung. Baginda Mendidik Umatnya Melalui Al-Quran Dan As-Sunnah. Allah S.W.T Berfirman: “Ya Tuhan Kami, Utuslah Untuk Mereka Seorang Rasul Dari Kalangan Mereka, Yang Akan Membacakan Kepada Mereka Ayat-Ayat Engkau Dan Mengajarkan Kepada Mereka Al-Kitab (Al-Quran) Dan Al Hikmah (As-Sunnah) Serta Mensucikan Mereka. Sesunguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana”. [Surah Al-Baqarah : 129]

Oleh Itu Adalah Menjadi Kewajipan Kepada Para Ulama’ (Ahli Ilmu) Untuk Meneruskan Tugas Mendidik Ummah. Allah S.W.T Berfirman: “Sesungguhnya Orang-Orang Yang Menyembunyikan Apa Yang Telah Kami Turunkan Berupa Keterangan-Keterangan (Yang Jelas) Dan Petunjuk, Setelah Kami Menerangkannya Kepada Manusia Dalam Al-Kitab, Mereka Itu Dilaknati Allah Dan Dilaknati (Pula) Oleh Semua (Makhluk) Yang Dapat Melaknati”. [Surah Al-Baqarah: 159]

Pada Umumnya Orang Memahami Bahawa Seorang Pendidik Itu Ialah Seorang Yang Terlibat Dengan Kerja-Kerja Pendidikan Atau Pengajaran. Dengan Ertikata Lain Seseorang Yang Terlibat Dengan Kerja-Kerja Pengajaran Ilmu Pengetahuan Sama Ada Di Sekolah, Maktab, Universiti, Surau, Masjid, Pondok Atau Madrasah. Pengertian Seperti Ini Lebih Khususiah. Walau Bagaimanapun Proses Pendidikan Itu Juga Berlaku Di Mana-Mana Seperti Di Rumah, Tempat Permainan Dan Sebagainya. Oleh Yang Demikian Tugas Mendidik Itu Bukan Hanya Menjadi Tanggungjawab Guru Di Sekolah Malah Mereka Yang Terlibat Sama Ada Secara Formal Atau Tidak Formal, Terutama Sekali Ibu Bapa Atau Penjaga Murid Itu Sendiri.

Definisi Pendidik 

Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, Pendidik Ialah Guru, Pengasuh, Wali, Pemimpin Pengelola, Pelatih, Penyelenggara, Pengajar Dan Pemelihara.

Mengikut Istilah Yang Digunakan Oleh Sarjana-Sarjana Islam Guru Atau Pendidik Ialah Murabbi, Muallim, Muaddib, Ustaz, Mudarris, Mursyid Atau Ulama. Semua Istilah-Istilah Yang Digunakan Bersal Dari Bahasa Arab Dan Pada Dasarnya Istilah-Istilah Tersebut Mempunyai Maksud Yang Sama Iaitu Memberi Pengajaran Atau Pendidikan. Namun Terdapat Beberapa Pandangan Yang Bebeda Mengenai Penggunaan Istilah Tersebut. Ini Tergantung Kepada Bidang Ilmu Yang Dipelajari. Seperti Istilah Ustaz Dan Mudarris, Dalam Masyarakat Melayu, Ustaz Dan Mudarris Dikhususkan Kepada Mereka Yang Mengajar Pelajaran Agama Islam Di Sekolah, Madrasah, Masjid, Pondok Dan Sebagainya.

Istilah Muallim Juga Bermaksud Pengajar, Lebih Menjurus Kepada Seorang Pengajar (Tidak Terhad Kepada Guru Sekolah) Yang Mencurahkan Ilmu Pengetahuan Untuk Anak Didiknya, Dan Kadang Kala Digunakan Dalam Ertikata Pemimpin. Berbeza Dengan Murabbi, Seorang Muallim Lebih Menumpukan Kepada Ilmu Akal. Sementara Murabbi Membawa Maksud Yang Luas, Melebihi Tahap Muallim. Konsep Murabbi Merujuk Kepada Pendidik Yang Bukan Sahaja Mengajarkan Sesuatu Ilmu Tetapi Dalam Masa Yang Sama Cuba Mendidik Rohani, Jasmani Dan Mental Anak Didiknya Untuk Menghayati Dan Mengamalkan Ilmu Yang Telah Dipelajari. Justeru, Murabbi Lebih Menumpukan Penghayatan Sesuatu Ilmu, Sekaligus Membentuk Keperibadian, Sikap Dan Tabiat Anak Didiknya. 

Istilah Mursyid Bermaksud Memberi Tunjuk Ajar. Mursyid Secara Istilahnya (Menurut Kaum Sufi), Merupakan Mereka Yang Bertanggungjawab Memimpin Murid Dan Membimbing Perjalanan Rohani Murid Untuk Sampai Kepada Allah S.W.T Dalam Proses Tarbiah Yang Teratur, Dalam Bentuk Tarekat Sufiyah. Para Mursyid Dianggap Golongan Pewaris Nabi S.A.W. Dalam Bidang Pentarbiah Umat Dan Pemurnian Jiwa Mereka (Tazkiyah An-Nafs), Yang Mendapat Izin Irsyad (Izin Untuk Memberi Bimbingan Kepada Manusia) Dari Para Mursyid Mereka Sebelum Mereka, Yang Mana Mereka Juga Mendapat Izin Irsyad Dari Mursyid Sebelum Mereka Dan Seterusnya, Sehinggalah Silsilah Izin Irsyad Tersebut Sampai Kepada Rasulullah S.A.W. (Tanpa Terputus Turutannya). Oleh Itu Pada Kebiasaannya, Ia Daripada Keturunan Ulama’. 

Guru-Guru Pada Zaman Abbasiyah Digolongkan Kepada Tiga Kategori:
I) Mualim - Golongan Guru Sekolah Rendah Yang Diberi Tugas Mendidik Ilmu-Ilmu Asas Islam Seperti Al-Quran, Ibadah, Akidah Dan Ilmu Akhlak.
Ii) Mu’adib - Guru Khas Yang Bertanggungjawab Mengajar Sekolah Khas. (Istana Khalifah)
Iii) Ustaz - Pensyarah Di Sekolah Tinggi (Maktab). (Ghazali Darussalam, 2001)

Guru Ialah Segolongan Orang Yang Menjalankan Tugas Ikhtisas Sebagai Pendidik Dan Pemimpin. Mereka Boleh Mencorakkan Masa Depan Masyarakat Dan Dapat Menentukan Untung Nasib Sesebuah Bangsa. (Ahmad Mohd.Salleh.2003).

Guru Adalah Salah Satu Faktor Yang Sangat Penting Dalam Pendidikan Dan Pengajaran, Kerana Gurulah Yang Akan Bertanggungjawab Dalam Membentuk Peribadi Seorang Murid (H Syamsul Bahri Tanrere, 1993) 

Oleh Itu Para Guru Atau Pendidik Mestilah Sedar Akan Tanggungjawab Mereka Dan Sentiasa Menjaga Nama Baik Mereka Sebagai Pendidik Dan Pemimpin Masyarakat Dengan Menjalankan Segala Tugas Dan Tanggungjawab Secara Ikhlas Dan Jujur.

Pendidik Dalam Islam

Pendidik Di Dalam Islam Adalah Meliputi Hal Keduniaan Dan Akhirat Sama Ada Pendidik Itu Menyampaikan Ilmu Fardhu Ain Atau Ilmu Fardhu Kifayah. Sebagaimana Menurut Imam Ghazali Bahawa Ilmu Itu Dibahagikan Kepada Fardhu Ain Dan Fardhu Kifayah.Sistem Pendidikan Islam Memperimbangkan Tawazun Antara Kepentingan Individu Dengan Kepentingan Ummah Melalui Konsep Ilmu Fardhu Ain Dan Fardhu Kifayah. Demikian Juga Dalam Kaedah Fiqih Terdapat Konsep Maslahah Ummah (Kepentingan Ummah) Dan Maslahah Ammah (Kepentingan Awam) Di Samping Pengakuan Islam Terhadap Maslahah Fardi Atau Khassah (Kepentinan Individu). (Ghazali Basri, Jurnal Pendidikan Islam, Disember 1987).

Hal Ini Juga Dapat Dilihat Di Dalam Kitab Adab Al Mu’allimin Di Mana Ibnu Sahnun Telah Membahagikan Kurikulum Pendidikan Di Al Kuttab Kepada Kurikulum Wajib (Ijbari) Dan Kurikulum Pilihan (Ikhtiyari). Bagi Kurikulum Wajib Para Pendidik Akan Mengajarkan Al-Quran, Hadis Nabi Dan Fiqih Sementara Bagi Kurikulum Pilihan Pelajaran Yang Diajarkan Ialah; Ilmu Hitung, Syair, Al-Gharib (Kata-Kata Sulit), Bahasa Arab Dasar Dan Kaligrafi Serta Ilmu Nahu. Menurut Imam Ghazali Illmu Fardhu Kifayah Itu Terbahagi Kepada Ilmu Syari’ah Dan Bukan Syari`ah. Ilmu Syari`ah Ialah Ilmu-Ilmu Yang Diperolehi Dari Nabi S.A.W. Sementara Ilmu Bukan Syari`Ah Pula Ialah Ilmu-Ilmu Yang Terpuji, Iaitu Ilmu-Ilmu Yang Ada Hubungan Dengan Kepentingan Duniawi Dan Untuk Kemaslahatan Ummah, Seperti Ilmu Kedoktoran Dan Sebagainya Yang Mana Ilmu Berkenaan Menjadi Keperluan Bagi Sesebuah Negara. Seorang Pendidik Haruslah Memahami Bahawa Islam Adalah Ad-Din Bukan Sekadar Aqidah Dan Peribadatan Seperti Sembahyang Puasa Menunaikan Zakat Dan Naik Haji Tetapi Suatu Sistem Hidup Nizam Al-Hayat Yang Serba Mencakup Sama Ada Dari Segi Hubungan Manusia Sesama Manusia Atau Di Antara Manusia Dengan Tuhannya Dan Hubungan Manusia Dengan Alam Sekelilingnya Sama Ada Yang Berbentuk Spiritual Atau Material. Pendidik Bukan Sahaja Berperanan Untuk Memberi Kesedaran Kepada Diri Sendiri, Malahan Juga Untuk Masyarakat Tentang Hubungan, Komitmen Dan Hubungannya Dengan Hukum Allah S.W.T. Islam Memberi Penghormatan Yang Tinggi Kepada Ahli-Ahli Ilmu. Allah Berfirman Yang Bermaksud: “Sesungguhnya Yang Takut Kepada Allah Antara Hambanya Ialah Ulama’”. (Surah Faathir: 28).Dan Rasulullah S.A.W Bersabda: “Ulama’ Ialah Pewaris Para Nabi”.Kedua-Dua Nas Di Atas Jelas Membuktikan Bahawa Islam Memberi Penghormatan Kepada Ahli Ilmu. Mereka Mempunyai Sifat Ketakwaan Kepada Allah S.W.T Hasil Daripada Ilmu Yang Diwarisi Daripada Para Nabi A.S. Tugas Menyampaikan Amalan Keilmuan Ini Terletak Pada Pendidik. Melalui Ilmu Sahajalah Kita Dapat Menimbulkan Kesedaran Manusia Terhadap Allah Dan Dapat Membezakan Sesuatu Yang Hak Dan Batil.

Mendidik Adalah Amanah Allah S.W.T

Nabi Muhammad S.A.W Selalu Menganjurkan Para Sahabatnya Untuk Menyampaikan Apa Yang Pernah Mereka Dengar, Supaya Dimanfaatkan Oleh Generasi-Generasi Berikutnya Di Mana Sahaja. (Dr.Yusuf Qardhawi, 1996). Sebagaimana Sabda Rasulullah S.A.W: “Sampaikanlah Olehmu Yang Datang Dariku Meskipun Hanya Satu Ayat”. Dinulhayah Islam Adalah Sebagai Cara Hidup Yang Lengkap Dan Sempurna Dan Islam Adalah Agama Untuk Pendidikan Hidup. Oleh Itu Orang Yang Pertama Sekali Bertanggungjawab Dalam Mendidik Ialah Ibu Bapa Atau Penjaga Anak-Anak. Kedudukan Dan Peranan Ibu Bapa Adalah Soal Yang Paling Utama Dalam Islam. Rasulullah S.A.W Bersabda:“Semua Kanak-Kanak Dilahirkan Suci, Tetapi Ibu Bapanyalah Yang Menjadikannya Yahudi, Nasrani Atau Majusi”.Hadis Ini Menjelaskan Bahawa Ibu Bapa Berkewajipan Dan Berperanan Mengasuh, Membentuk Mendidik Dan Memimpin Anak-Anak Menjadi Orang Yang Mulia Di Sisi Allah S.W.T, Bangsa Dan Negara. Pendidikan Adalah Proses Yang Berterusan Seumur Hidup. Pendidikan Tidak Akan Terjejas Atau Tergugat Oleh Batas-Batas Masa, Tempat Dan Nilai-Nilai Kemasyarakatan. Sejak Dari Kelahiran Kita Ke Dunia, Hinggalah Kita Kembali Menemui Tuhan, Proses Pendidikan Tetap Berterusan Dan Diperlukan. (Tajul Ariffin Noordin. 1990).Setelah Ibu Bapa, Orang Kedua Yang Bertanggungjawab Dalam Mendidik Adalah Guru. Walau Bagaimanapun Ibu Bapa Tidak Boleh Meletakkan Tugas Mendidik Anak-Anak Kepada Guru Semata-Mata. Islam Sendiri Meletakan Setatus Ibu Bapa Itu Lebih Tinggi Daripada Guru-Guru Dalam Urusan Mendidik Anak. Para Pendidik Harus Sedar Bahawa Tugas Menyampaikan Ilmu Adalah Amanah Allah Dan Bukan Suatu Tugas Yang Ringan. Ia Merupakan Satu Tanggungjawab Besar Dalam Membina Perkembangan Manusia. Oleh Itu, Mereka Perlu Berhati-Hati Dalam Menjalankan Tugas. Rasulullah S.A.W Bersabda:“Sesiapa Yang Mengasaskan Jalan Yang Baik Dalam Islam, Maka Diamalkan Orang, Dicatat Baginya Pahala Sebagaimana Pahala Orang Yang Mengikutinya, Dengan Tidak Dikurangkan Sedikitpun Pahalanya. Dan Sesiapa Yang Mengasaskan Jalan Tidak Baik Dalam Islam, Maka Diamalkan Orang, Dicatatkan Baginya Dosa Sebagaimana Dosa Orang Yang Melakukannya Dengan Tidak Dikurangkan Sedikit Pun Dosanya”.Hadis Ini Menjelaskan Mengenai Tanggungjawab Dan Kedudukan Pendidik Atau Guru Dalam Konteks Keagamaan. Mereka Bertanggungjawab Di Hadapan Allah S.W.T Terhadap Ilmu Yang Disampaikan Dan Kesan Daripada Penyampaian Itu Terhadap Orang Lain Pada Hari Kiamat. Jika Kesedaran Keagamaan Seumpama Ini Wujud Dalam Setiap Diri Pendidik, Maka Sudah Tentu Pendidik Itu Akan Berhati-Hati Dalam Merancang Kurikulum Dan Bidang Keilmuan. Ini Kerana Usaha Itu Bukan Berakhir Di Situ Sahaja, Tetapi Dipertanggungjawabkan Di Hadapan Allah S.W.T Pada Hari Kemudiannya.Pendidik Haruslah Berkemampuan Membina Keunggulan Sahsiah Pelajar-Pelajarnya Dan Keunggulan Suasana Pengajaran Dan Pembelajaran Serta Mempunyai Keseimbangan Antara Pengahayatan Agama Dan Moral, Dengan Kemahiran Dalam Pengurusan Hidupnya.

Bidang Perguruan Pada Pandagan Islam

Untuk Mengetahui Sejauhmana Pentingnya Profesion Tersebut Dalam Islam, Al-Quran Dan Hadis Ada Menjelaskan Antaranya, Allah S.W.T Berfirman: “Serulah (Manusia) Ke Jalan Tuhanmu Dengan Hikmah Kebijaksanaan Dan Nasihat Pengajaran Yang Baik”. (Surah An-Nahl: 125).Dan Rasulullah S.A.W Bersabda: “Bahwasanya Jika Kamu Mengajar Seseorang, Lalu Dia Mendapat Kebajikan Yang Lebih Berharga Daripada Dunia Dan Segala Isinya”.Jika Diteliti Maksud Ayat Al-Quran Dan Hadis Rasulullah S.A.W Yang Diutarakan Di Atas, Menunjukkan Dengan Jelas Akan Keutamaan-Keutamaan Mengajar Khususnya Dalam Profesion Perguruan.Seorang Pendidik Mestilah Menyedari Hakikat Bahawa Pengajaran Itu Merupakan Tanggungjawab Yang Mesti Dilaksanakan. Ia Hendaklahlah Meletakkan Tanggungjawab Ini Di Atas Dasar Pahala Dan Dosa. Kerja Pengajaran Adalah Sebahagian Amal Soleh Manakala Enggan Menyampaikannya Dosa Yakni Siksaan Api Neraka. (Ghazali Basri, Jurnal Pendidikan Islam, Desimber 1987). Jika Dilihat Dari Sudut Sejarah Dan Budaya, Guru Atau Pendidik Adalah Dianggap Sebagai Profesion Yang Mulia. Sejarah Menunjukkan Hubungan Di Antara Istana Dengan Tuan Guru. Ulama’ Dan Guru Adalah Rapat Dan Dimuliakan Berbanding Dengan Jawatan-Jawatan Lain. Dari Segi Budaya, Konsep Berguru Amat Diutamakan. Belajar Bukan Setakat Untuk Mendapatkan Ilmu, Apa Yang Lebih Penting Ialah Berguru Untuk Membina Akhlak Dan Adab Berilmu.(Dr.Tajul Ariffin Noordin & Dr.Nor’ Aini In Noordin & Dr.Nor’ Aini Dan, 2002)

Sifat-Sifat Pendidik Menurut Islam

Pendidik Dalam Pendidikan Islam Adalah Sebagai Mediator Bagi Anak-Anak Untuk Mengikuti Gaya Islami Yang Tercermin Pada Diri Nabi Muhammad S.A.W (Dr. Gamal Zakaria, 2002)Para Pendidik Wajiblah Membentuk Keperibadiannya Yang Luhur. Pendidik Adalah Qudwah (Kepemimpinan) Dan Juga Uswah (Model) Yang Baik Yang Sering Ditonton Oleh Anak-Anak Didiknya Maka Seorang Pendidik Tidak Akan Menganjurkan Sesuatu Jika Ia Sendiri Tidak Melaksanakannya Kerana Ia Menyedari Tentang Kemurkaan Allah (Dosa) Jika Ia Sendiri Tidak Melaksanakan Apa Yang Ia Ucapkan.Oleh Itu Para Pendidik Perlulah Menghiasi Diri Dengan Sifat-Sifat Yang Terpuji Sesuai Dengan Sifatnya Yang Paling Mulia Di Dalam Islam. 

Dr. Abdul Halim Al Muhammady Menyenaraikan Lapan Sifat Yang Wajib Dimiliki Oleh Pendidik, Iaitu: 

1. Sifat Zuhud (Mendidik Kerana Mencari Keredaan Allah). Sifat Zuhud Bermakna Menyampaikan Pelajaran Bukan Kerana Belasan Kebendaan Atau Penghormatan Masyarakat, Tetapi Kerana Mencari Keredhaan Allah. Namun Ini Bukan Bermakna Kita Tidak Boleh Menerima Ganjaran Dari Usaha Itu. Kemuncak Matlamat Kerja Yang Dilakukan Seharusnya Tidak Diukur Dengan Pencapaian Kebendaan Kerana Itu Akan Membahayakan Peningkatan Diri Dan Pencapaian Orang Yang Berada Di Bawah Didikannya.
2. Kebersihan Diri. Sebagai Pendidik Hendaklah Menjauhkan Diri Dari Kekotoran Sifat-Sifat Mazmumah Seperti Bersifat Angkuh, Riak, Hasad, Pemarah Dan Dari Kekotoran Syara’ Yakni Melakukan Perkara-Perkara Dosa Besar Dan Yang Diharamkan Oleh Islam.
3. Keikhlasan Dalam Bekerja, Termasuklah Juga Sifat Dedikasi.
4. Mempunyai Sifat Halim, Iaitu Sifat Lemah Lembut, Sopan Santun, Tidak Lekas Berang.
5. Menjaga Kehebatan Dan Kehormatan Diri, Yakni Tidak Melibatkan Diri Dengan Suasana Yang Boleh Menjatuhkan Peribadi Dan Maruahnya Sama Ada Dari Segi Pakaian , Perbuatan Dan Percakapan.
6. Perlu Merasa Dirinya Sebagai Bapa Dalam Menghadapi Muridnya.
7. Hendaklah Memahami Tabiat Murid-Muridnya Dan.
8. Mempunyai Ilmu Pengetahuan Yang Luas (Dr.Abdul Halim Al-Muhammady, Jurnal Pendidikan, Disember 1986).

Pendidik Yang Efektif

Imam Ghazali Telah Menyatakan Tujuh Ciri Pendidik Yang Efektif, Merangkumi Aspek Kualiti Dan Tugas Pendidik Yang Cemerlang:
1) Mempunyai Rasa Belas Kasihan Kepada Murid-Murid Dan Memperlakukan Mereka Sebagai Anak Sendiri. Rasulullah S.A.W Bersabda: “Sesungguhnya Aku Ini Bagimu Adalah Seumpama Seorang Ayah Bagi Anaknya”. Rasa Belas Kasihan Seperti Ini Hanya Akan Wujud Jika Pendidik Melaksanakan Tugas Dengan Tujuan Akhirat.
2) Mengikut Tingkahlaku Dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W Dan Tidak Minta Imbuhan Atas Perkhidmatan Yang Diberinya.
3) Tidak Menasihati Atau Membenarkan Muridnya Melaksanakan Sesuatu Tugas Atau Mempelajari Suatu Tingkat Sebelum Berhak Pada Tingkat Itu.4) Menasihati Murid-Muridnya Supaya Meninggalkan Kelakuan Buruk Secara Lembut Atau Kasih Sayang, Bukan Memarahi Mereka Atau Mengejek.
5) Tidak Sesekali Merendahkan Mata Pelajaran Atau Ilmu Yang Lain Di Hadapan Muridnya.
6) Hendaklah Pembelajaran Bersesuaian Dengan Tahap Pemahaman Murid Dan Tidak Sesekali Memaksa Mereka Mencapai Sesuatu Di Luar Kemampuan.
7) Menyediakan Bahan Pembelajaran Yang Mudah Difahami, Jelas Dan Bersesuaian Dengan Tahap Perkembangan Akal Murid Khususnya Murid Yang Kurang Pintar.

Ciri-Ciri Di Atas Jelas Menunjuk Bahawa Pendidik Yang Efektif Itu Perlulah Mempunyai Disiplin Yang Tinggi Dalam Pendidikan Sama Ada Dari Segi Sahsiahnya, Ilmu Pengetahuannya Dan Pedagogi Pendidikannya. Salah Satu Ciri Yang Dinyatakannya Ialah Seorang Pendidik Itu Perlu Mengajar Sesuatu Secerca Berperingkat. Hal Ini Adalah Berkaitan Dengan Metod Atau Kaedah Pengajaran

Ibnu Khaldun Ada Mengungkapkan Tiga Langkah Metod Pengajaran:
1. Hendaklah Diajarkan Kepada Murid Pengetahuan Yang Bersifat Umum Dan Sederhana, Khusus Berkenaan Dengan Pokok Bahasan Yang Dipelajari. Pengetahuan Ini Hendaklah Disesuaikan Dengan Taraf Kemampuan Intelektual Murid, Sehingga Tidak Berada Di Luar Kemampuannya Untuk Memahami. Hendaklah Murid Belajar Pada Tingkatan Pertama Atau Paling Sederhana. Sebagaimana Yang Dikatakan Oleh Ibnu Khaldun “Ketika Itu Tercapailah Suatu Malakah Baginya Di Dalam Ilmu Itu, Meskipun Bersifat Lemah”. Ibnu Khaldun Memandang Langkah Ini Sebagai Langkah Pendahuluan Bagi Langkah Kedua.
2. Pendidik Kembali Mengajarkan Pengetahuan Tersebut Kepada Anak Didiknya Dalam Taraf Yang Lebih Tinggi Dengan Memetik Intisari Pelajaran, Keterangan Dan Penjelasan Yang Lebih Khusus. Dengan Demikian Pendidik Dapat Mengantarkan Anak Didiknya Kepada Taraf Pemahaman Yang Lebih Tinggi, Sebagaimana Dikatakan Oleh Ibnu Khaldun “Maka Menjadi Baiklah Malakahnya”.
3. Pendidik Mengajarkan Pokok Bahasan Tersebut Secara Lebih Terperinci Dalam Konteks Yang Menyeluruh, Sambil Memperdalam Aspek-Aspeknya Dan Menajamkan Pembahasannya. Tidak Ada Lagi Yang Sulit Dan Penting Yang Tidak Diterangkan. Begitu Suatu Ilmu Selesai Dipelajari, Maka Ilmu Itu Telah Menjadi Malakahnya. Walau Bagaimanapun Ibnu Khaldun Mengatakan Sebahagian Anak Didik Yang Cerdas Kadangkala Hanya Memerlukan Dua Langkah Sahaja Di Dalam Mengajar Mereka, Terutama Jika Pendidik Berkemampuan Tinggi. Di Sini Jelas Bahawa Pendidikan Islam Itu Hendaklah Diajarkan Secara Berperingkat. Oleh Itu Sukatan Pelajaran Yang Disediakan Haruslah Mengambil Kira Tahap Dan Kemampuan Murid Agar Setiap Pelajaran Yang Diajarkan Dapat Dikuasai Oleh Murid Dengan Baik.

Kesimpulan

Kedudukan Pendidik Menurut Islam Adalah Mulia Kerana Mereka Adalah Penerus Tugas Nabi S.A.W Dalam Menyampaikan Ilmu Dengan Berlandaskan Al-Quran Dan As-Sunnahnya. Oleh Yang Demikian Para Pendidik Wajiblah Membentuk Keperibadian Yang Luhur Dan Memiliki Sifat-Sifat Yang Terpuji Sebagaimana Yang Dikehendaki Oleh Islam Kerana Pendidik Adalah Qudwah Dan Juga Uswah Yang Baik Bagi Anak-Anak Didik.Islam Menjelaskan Bahawa Ibu Bapa Atau Penjaga Berperanan Penting Dalam Mendidik Anak-Anak Mereka, Kerana Merekalah Yang Mencorakkan Kehidupan Anak-Anak Mereka. Ibu Bapa Berkewajipan Dan Berperanan Mengasuh, Membentuk Mendidik Dan Memimpin Anak-Anak Menjadi Orang Yang Mulia Di Sisi Allah S.W.T, Bangsa Dan Negara. Peranan Guru Sebagai Pendidik Juga Tidak Kurang Pentingnya, Mereka Diamanahkan Oleh Ibu Bapa Untuk Mendidik, Mengajar, Membimbing Dan Mengembangkan Fitrah (Malakah) Anak Didik Mereka. Oleh Yang Demikian Pada Umumnya Tugas Mendidik Itu Adalah Menjadi Tanggungjawab Bersama, Sama Ada Secara Formal Atau Tidak Formal Khusnya Bagi Ahli-Ahli Ilmu, Kerana Tugas Ini Juga Merupakan Amanah Allah S.W.T.



Tags

Labels

Blog Archive

Blog Archive