25 February 2011

Bank Rakyat Untung Rm1.72 Bilion

Posted by KelateLeaks 8:35 AM, under | No comments

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) Mencatatkan Keuntungan Sebelum Cukai Dan Zakat Sebanyak Rm1.72 Bilion Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2010, Peningkatan Sebanyak 10.8 Peratus Berbanding Rm1.55 Bilion Yang Dicatatkan Pada Tahun Sebelumnya.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Keuntungan Itu Adalah Ekoran Peningkatan Pendapatan, Pengurusan Kos Yang Cekap Dan Kualiti Aset Yang Kukuh Serta Amalan Perbankan Berhemah.

“Jumlah Pendapatan Kasar Juga Meningkat Sebanyak 24.3 Peratus Kepada Rm4.7 Bilion Berbanding Rm3.78 Bilion Pada Tahun Sebelumnya,” Katanya.

Beliau Berkata, Pendapatan Berasaskan Fi Bank Itu Naik 13 Peratus Tahun Lalu Kepada Rm92.3 Juta, Di Mana 89.6 Peratus Daripadanya Disumbangkan Oleh Pendapatan Daripada Penulisan Wasiat, Komisyen Dari Takaful Dan Fi Perkhidmatan Mesin Teler Automatik (Atm).



0 comments:

Post a Comment