25 February 2011

Affin Catat Untung Rm637 Juta

Posted by KelateLeaks 9:09 AM, under | No comments

Affin Holdings Berhad (Affin) Mencatatkan Keuntungan Sebelum Cukai Tertinggi Dalam Sejarah Berjumlah Rm637.5 Juta Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2010, Peningkatan 28.2 Peratus Berbanding Rm497.2 Juta Yang Dicatatkan Pada 2009.

Pendapatan Affin Juga Meningkat 13.1 Peratus Kepada Rm2.3 Bilion Berbanding Rm2 Bilion Yang Dicatatkan Sebelum Ini.

Pertumbuhan Positif Kumpulan Itu Hasil Peningkatan Pendapatan Bersih, Pendapatan Kendalian Lain Serta Pendapatan Daripada Perbankan Islam Selain Peruntukan Bagi Susut Nilai Pinjaman Dan Sekuriti Yang Lebih Rendah. Selain Itu, Ia Hasil Keuntungan Rm8.5 Juta Daripada Pengurangan Kepentingan Dalam Syarikat Sekutu Berikutan Pengambilalihan Keseluruhan Modal Saham Bh Insurance (M) Bhd Oleh Axa Affin General Insurance Berhad.

Pengerusinya, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin Berkata, 2010 Merupakan Tahun Cemerlang Bagi Kumpulan Itu Dengan Affin Bank Sebagai Penyumbang Utama Keputusan Cemerlang Diikuti Affin Investment Bank Dan Unit Perkhidmatan Kewangan Lain.

“Kami Yakin Sektor Perbankan Di Malaysia Mempunyai Potensi Besar Dan Akan Berusaha Mencapai Pertumbuhan Organik Dalam Tahun Kewangan Akan Datang. Pendapatan Sesaham Kumpulan Meningkat Kepada 32.70 Sen Berbanding 24.88 Sen Tahun Lalu Manakala Pulangan Ke Atas Ekuiti Sebanyak 9.8 Peratus Iaitu Melebihi Sasaran 8.4 Peratus.” Katanya.



0 comments:

Post a Comment