12 February 2011

Hosni Mubarak Letak Jawatan Presiden

Posted by KelateLeaks 10:44 AM, under | No comments

Presiden Mesir, Hosni Mubarak Meletakkan Jawatan Semalam (11 Februari 2011) Selepas Beliau Meninggalkan Istana Presiden Di Kaherah. 

Pengumuman Beliau Meletakkan Jawatan Diumumkan Oleh Naib Presiden, Omar Suleiman Menerusi Televisyen.

"Dalam Situasi Yang Sukar Ini, Presiden Hosni Mubarak Memutuskan Untuk Meninggalkan Kedudukannya Sebagai Presiden," Kata Omar. Omar Turut Mengumumkan Bahawa Satu Majlis Ketenteraan Akan Mengendalikan Hal Ehwal Negara Tersebut.

Hosni Telah Memerintah Mesir Hampir 30 Tahun. Sebelum Ini, Stesen Televisyen Al-Arabiya Melaporkan Hosni Mubarak, 82, Dan Semua Ahli Keluarganya Telah Meninggalkan Istana Presiden Ketika Beliau Masih Memegang Jawatan Sebagai Presiden. Hosni Dan Keluarganya Itu Menuju Ke Pusat Peranginan Sharm El-Sheikh Di Laut Merah. 

Menurut Saksi-Saksi, Sekurang-Kurangnya Dua Buah Helikopter Dilihat Berlepas Dari Istana Tersebut. Stesen Televisyen Al-Arabiya Mengesahkan Ketibaan Keluarga Tersebut Di Sharm El-Sheikh. Berita Itu Timbul Ketika Penunjuk Perasaan Bergerak Ke Istana Tersebut Yang Terletak Di Kawasan Pinggir Bandar Kaherah, Heliopolis.

Pergerakan Penunjuk Perasaan Itu Dibuat Pertama Kali Sejak Tunjuk Perasaan Berlangsung Pada 25 Januari Lalu. Penunjuk Perasaan Berkumpul Di Tepi Kawat Duri Yang Mengelilingi Istana.

Sementara Itu, Kereta-Kereta Kebal Dan Tentera Elit Yang Bertanggungjawab Ke Atas Keselamatan Presiden Berkawal Di Sekeliling Istana.

"Tentera Penjaga Republik Mengawal Istana Presiden," Jelas Satu Sumber Pasukan Bersenjata.

Hosni Sering Menghabiskan Masa Di Sharm El-Sheikh Yang Merupakan Destinasi Pelancongan Terkenal Di Laut Merah Dan Bertemu Dengan Tetamu-Tetamunya Di Sana.

Kelmarin, Para Penunjuk Perasaan Di Dataran Tahrir Kecewa Dan Marah Terhadap Hosni Kerana Beliau Masih Enggan Meletakkan Jawatan.


Kronologi


4 Mei 1928 - Muhammad Hosni Sayyid Mubarak Dilahirkan Di Kahel-El-Meselha, Sebuah Kampung Di Delta Sungai Nil, Anak Kedua Daripada Lima Beradik.

1949 - Tamat Latihan Di Akademi Tentera Kebangsaan Mesir

1950 - Sertai Pasukan Tentera Udara.

1975 - Dilantik Menjadi Naib Presiden Oleh Anwar Sadat.

1981 - Menjadi Presiden Mesir Yang Keempat, Tujuh Hari Selepas Presiden Anwar Sadat Ditembak Mati Pada 6 Oktober 1981 Kerana Menandatangani Perjanjian Damai Dengan Israel.

1980 - Sokong Saddam Dalam Perang Iraq-Iran.

1991 - Sokong As Memerangi Saddam Selepas Iraq Menceroboh Kuwait.

1995 - Terselamat Daripada Cubaan Membunuhnya. Sepanjang 30 Tahun Pemerintahannya, Hosni Terselamat Daripada 10 Cubaan Membunuh.

1999 - Bersetuju Mengepam Gas Asli Ke Israel Dan Wilayah Palestin.

2005 - Membenarkan Buat Kali Pertama Pilihan Raya Pelbagai Parti Yang Dimenangi Secara Selesa Oleh Parti Demokratik Kebangsaan (Ndp) Yang Diketuainya. Mengalahkan Ikhwanul Muslimin Yang Terpaksa Meletak Calonnya Sebagai Calon Bebas Kerana Masih Diharamkan.

25 Januari 2011 - Beribu-Ribu Rakyat Mesir Menunjuk Perasaan Membantah Pemerintahannya, Mencontohi Pemberontakan Rakyat Tunisia.

28 Januari 2011 - Buat Kali Pertama Lantik Naib Presiden.

1 Februari 2011 - Umum Tidak Akan Bertanding Dalam Pilihan Raya September Ini.
 
10 Februari 2011 - Ulangi Pendirian Akan Kekal Menjadi Presiden Hingga September

11 Februari 2011 - Berlepas Ke Sharm El-Sheikh. Naib Presiden, Omar Suleiman Umumkan Peletakan Jawatan Hosni.




0 comments:

Post a Comment