25 February 2011

Dividen Bank Rakyat 15 Peratus

Posted by KelateLeaks 8:47 AM, under | No comments

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) Mengumumkan Pengagihan Dividen Tunai 15 Peratus Kepada 758,356 Ahlinya Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2010, Membabitkan Pembayaran Berjumlah Rm294.9 Juta.

Ini Susulan Prestasi Cemerlang Dicapainya Tahun Kewangan Berkenaan Dengan Keuntungan Sebelum Cukai Dan Zakatnya Terus Meningkat Dua Angka, Iaitu Sebanyak 10.8 Peratus Kepada Rm1.72 Bilion Daripada Rm1.55 Bilion Tahun Kewangan Sebelumnya.

Pendapatan Kasar Bank Koperasi Itu Dalam Tahun Kewangan Itu Meningkat 24.3 Peratus Kepada Rm4.7 Bilion Daripada Rm3.78 Bilion.

Selepas Ditolak Cukai Dan Zakat, Keuntungan Bersihnya Adalah Sebanyak Rm1.34 Bilion, Meningkat 19.1 Peratus Daripada Rm1.13 Bilion. Keputusan Kewangan Cemerlang Itu Dicapai Hasil Daripada Pertumbuhan Kukuh Pembiayaan Terutama Pembiayaan Peribadi Dan Pendapatan Berasaskan Yuran. Ia Juga Disokong Pengurusan Kos Yang Cekap, Kualiti Aset Yang Kukuh Dan Amalan Perbankan Berhemah.

Dalam Tahun Kewangan Dikaji, Pendapatan Daripada Sumber Pembiayaan Bank Rakyat Meningkat Kepada Rm4.04 Bilion Berbanding Rm3.4 Bilion Pada Tahun Sebelumnya, Dengan Rm3.71 Bilion Disumbangkan Perbankan Konsumer Manakala Perbankan Komersial Menyumbang Sebanyak Rm323.9 Juta.

Pendapatan Berasaskan Yuran Pula Meningkat 13 Peratus Kepada Rm92.3 Juta Daripada Rm81.7 Juta, Manakala Pendapatan Adalah Sebanyak Rm145.4 Juta.

Jumlah Aset Bank Koperasi Itu Meningkat 22.3 Peratus Kepada Rm61.91 Bilion Berbanding Rm50.64 Bilion Pada Tahun Kewangan Sebelumnya Dengan Pulangan Atas Asetnya Kekal Kukuh Pada Kadar 3.1 Peratus.

Dalam Tahun Kewangan Berkenaan, Jumlah Deposit Bank Rakyat Meningkat 26.7 Peratus Kepada Rm52.49 Bilion Daripada Rm41.42 Bilion Pada Tahun Sebelumnya. Dana Pemegang Sahamnya Meningkat 12.3 Peratus Kepada Rm5.95 Bilion Daripada Rm5.3 Bilion.

Mengenai Prospek Bagi Tahun Ini, Bank Koperasi Itu Yakin Mencapai Pertumbuhan Pendapatan Sekitar 10 Peratus Dengan Tumpuan Akan Terus Diberikan Kepada Perniagaan Perbankan Runcit Serta Komersial.


0 comments:

Post a Comment