25 February 2011

Sime Darby Untung Rm1.53 Billion

Posted by KelateLeaks 8:56 AM, under | No comments

Sime Darby Bhd. (Sime Darby) Mencatatkan Keuntungan Bersih Sebanyak Rm1.53 Bilion Pada Separuh Pertama Berakhir 31 Disember 2010, Peningkatan 38 Peratus Berbanding Tempoh Sama Tahun Sebelumnya.

Prestasi Baik Itu Disumbang Menerusi Lima Sektor Perniagaannya Iaitu Perladangan, Hartanah, Permotoran, Perindustrian Serta Tenaga Dan Utiliti.

Bagaimanapun, Sektor Minyak Dan Gas Serta Kejuruteraan Mencatatkan Kerugian Sebanyak Rm24 Juta Disebabkan Oleh Peningkatan Kos Operasi.
 
Presiden Dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd. Bakke Salleh Berkata, Sektor Perladangan Mencatatkan Peningkatan Keuntungan Sederhana Berikutan Musim Tengkujuh Yang Terlalu Panjang Di Beberapa Negeri Di Malaysia Dan Indonesia.

Katanya, Sektor Itu Mencatatkan Keuntungan Operasi Sebanyak Rm1.3 Bilion Pada Separuh Pertama Iaitu Peningkatan Sebanyak Lima Peratus Berbanding Tempoh Yang Sama Tahun 2009.

Keuntungan Dalam Sektor Perladangan Didorong Oleh Peningkatan Harga Minyak Sawit Mentah (Msm) Pada Musim Tengkujuh Iaitu Sekitar Rm2,692 Setan Metrik Berbanding Rm2,222 Setan Metrik Dalam Tempoh Yang Sama Tahun Lalu.

“Walaupun Sektor Perladangan Merupakan Penyumbang Utama Atau Teras Utama Keuntungan Kumpulan, Namun Prestasi Bagi Separuh Pertama Kurang Memberangsangkan Berikutan Musim Tengkujuh Yang Terlalu Panjang,’’ Katanya.

Perolehan Sime Darby Bagi Separuh Pertama Adalah Sebanyak Rm19.06 Bilion Iaitu Peningkatan Sebanyak 18 Peratus Berbanding Rm16.16 Bilion Dalam Tempoh Yang Sama Tahun Sebelumnya.

Pendapatan Sesaham Kumpulan Pula Naik Kepada 25.5 Sen Sesaham Berbanding 18.5 Sen Sesaham.

Sektor Perindustrian Mencatatkan Peningkatan Keuntungan Sebanyak 20.9 Peratus Berikutan Prestasi Kukuh Dagangan Malaysia Dan China Serta Peningkatan Permintaan Dalam Industri Binaan Dan Infrastruktur.

Sektor Permotoran Turut Menunjukkan Prestasi Yang Baik Dengan Peningkatan Keuntungan Sebanyak 82.2 Peratus Yang Didorong Oleh Pertumbuhan Jualan Kenderaan Bmw Di China, Hong Kong Dan Macau.

Kenderaan Hyundai Turut Menunjukkan Penjualan Yang Memberangsangkan Di Malaysia.

Sektor Tenaga Dan Utiliti Pula Mencatatkan Keuntungan Sebanyak Rm72.8 Juta, Peningkatan Sebanyak 166.4 Peratus Berbanding Kerugian Yang Dialami Sebanyak Rm109.6 Juta Dalam Tempoh Yang Sama Tahun Lalu.

Tambah Mohd. Bakke, Sime Darby Menyasarkan Untuk Mencapai Keuntungan Bersih Sebanyak Rm2.5 Bilion Yang Memperlihatkan Kebangkitan Semula Sektor Perladangan Dan Dibantu Oleh Sektor-Sektor Lain Pada Suku Keempat Tahun Kewangan Semasa.

Katanya, Prestasi Sepanjang Tahun Kewangan Ini Dijangka Didokong Oleh Peningkatan Harga Msm Yang Stabil Dan Konsisten.

“Kami Meramalkan Selepas April Tahun Ini, Harga Msm Terus Meningkat Dan Mencecah Sehingga Rm3,000 Setan Metrik Dan Ia Membantu Peningkatan Kumpulan Sepanjang Tahun,’’ Ujarnya.

Mohd. Bakke Turut Menjangkakan Berlaku Penyusutan Prestasi Perolehan Dan Keuntungan Pada Suku Ketiga Berikutan Impak Daripada Musim Tengkujuh Yang Panjang Sejak Januari Tahun Ini.




0 comments:

Post a Comment